BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

11.2.10

Tema Pantun 2 : Ajaran Sesat

Tema kedua kita berkenaan isu ajaran sesat...
Kami sekadar prihatin kepada rakan-rakan yang tinggal di Presint 17, moga-moga dijauhkan dari fitnah tersebut. Maknanya jangan la sampai anda sekali-kali terjebak apatah lagi terlibat...

Kami menyeru rakan-rakan untuk membeli pantun kami kali ini

Karangan pujangga indah kiasan
Hebat karangan madah petapa
Pesan ibunda bergunalah insan
Sesat ajaran diwala' mengapa?

3 comments:

  1. Taman bunga tempat berlabun,
    Kesat bahasa menegak kebenaran,
    Iman nipis bak buih sabun,
    Sesat ajaran mengisi kebutuhan.

    ReplyDelete
  2. Jamu Markisa bersulur paut,
    Lekat lingkaran di baruh sempuh;
    Ilmu laksana buih di laut,
    Sesat ajaran disangka ampuh.

    tumpul rasanya ilmu pantun memantun...

    ReplyDelete
  3. Lebat bunga daunnya tindan
    Dekat dahan kelicap meniti
    Hebat terasa empunya badan
    Sesat ajaran segelap hati

    ReplyDelete