BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

17.11.09

Apa Jenis Rambut Anda?

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
xtau nak ckp apa……kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann… Huahuahuahua…jangan marah…gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

11.11.09

Diperlukan - biro Penerangan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Penerangan BAKSUS ingin mencari calon –calon yang berdedikasi dan mempunyai visi serta misi dalam mengemilangkan BAKSUS/BPM bagi mengisi jawatan –jawatan berikut;

1. Yang Berusaha AJK Biro Penerangan merangkap columnist

Jumlah kekosongan : Tidak terhad/ Setiap Unit digalakkan mempunyai wakil.
Biro Penerangan masih memerlukan sokongan padu kalian semua.

Ahli Biro Penerangan :
Mohd Rashidy b.Mahzan
Siti Nadiyah Suyot
AJKK;
1. Pn.Wan Sharafina Shamsuddin
2. Pn.Irnita Reduan


Sekian, terima kasih.

(Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Dan mata pena itu lebih tajam dari pedang. Sertailah kami di Biro Penerangan serta memperolehi peluang menyampaikan segala bentuk pemikiran, pandangan , idea, komen dan doktrinisasi anda melalui mata pena @ blog.)


b.p Biro Penerangan BAKSUS

6.11.09

Treasure Hunt -Drive 2 Digital 2009

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) akan menganjurkan acara Kembara Harta Karun’Drive -2- Digital Treasure Hunt’ yang dijangka berlangsung pada bulan Disember 2009 – Mac 2010.
Untuk makluman tuan/puan acara ini dianjurkan bersempena dengan projek soal selidik pengeluaran dan permintaan Jalur Lebar yang bertujuan untuk mengumpul data dan maklumbalas penduduk terhadap Perkhidmatan Jalur Lebar dan diharap acara ini dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan Perkhidmatan Jalur Lebar terutama di kalangan agensi kerajaan tempatan, pihak industri, academia, badan bukan kerajaan serta orang awam.

Maklumat lanjut berkenaan jemputan ini, tuan/puan bolehlah melayari sesawang http://www.broadbandhub.gov.my/ atau menelefon En.Yow Lock Sen di talian +603-86888000/ yow@cmc.gov.my , Pengurus Acara Cik Wong Ee Shen +019-3397098 dan Cik Sherliza +0193397827.

Di atas pertimbangan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.