BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.1.10

PEKELILING YAYASAN TM NO. BIL : 01/2010



Assalamualaikum and salam sejahtera.


YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/ Puan,


Sukacita Yayasan TM mempelawa anak-anak anggota Kumpulan TM dan pelajar-pelajar dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang mendapat kelulusan akademik yang cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun 2009 serta aktif dalam ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2010 sahaja.

Permohonan hendaklah  dibuat secara aplikasi dalam talian dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat http://ytm.tm. com.my mulai 2Januari 2010. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2010. Bersama-sama ini disertakan iklan bagi permohonan Biasiswa Kecil Yayasan TM untuk rujukan.


Terima kasih  &  Salam hormat,

DR  ZAINAL ABU ZARIM
Setiausaha

Tema Pantun 1 : Buang Keluarga

Seiring dengan isu semasa, ramai anak-anak moden kini semakin berani membuang ibu bapa mereka. Sangat sedih bila mengenangkan ada yang sanggup meninggalkan bapa yang uzur di pusat hemodialisis. Terbaru paparan semalam di Harian Metro si anak sanggup menerajang bapanya kerana tidak memberikan wang seperti diminta...

Apalah nak jadi dunia sekarang... nak kiamat agaknya...
Oklah, sila-silakan membeli pantun ini di ruangan komen. jangan lupa letakkan nama anda.


Turun ke bendang tajaknya patah,
   Lagenda tersurat Bukit Siguntang;
Beras diendang tidak berantah,
   Mengapa melukut di tepi gantang?



tajak:sejenis alat yang digunakan untuk menebas rerumputan hingga ke akar-akarnya.

Pencarian Pemantun untuk segmen "Dalam Pantun Ada Makna"


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”  


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/puan warga baksus yang dikasihi,


Pencarian Calon Pemantun KPM terbuka kepada semua warga KPM khususnya ahli BAKSUS.
Seperti yang diketahui umum, Penyandang Juara Berpantun antara Kementerian diwakili oleh dua ahli Baksus.
Siapa lagi kalau bukan TYDP Baksus sendiri iaitu Cik Siti Zaileha A.Salam dan Puan Siti Norliayana Markuni.Oleh kerana kedua-duanya telah berkecimpung selama 5 tahun dan 3 tahun masing-masing sesuailah sekiranya bakat baru diberi peluang menceburi bidang ini.

Untuk peringkat permulaan, pihak BAKSUS telah mengambil inisiatif untuk membuka gelanggang berpantun kepada warga BAKSUS. Caranya mudah sahaja. Pihak Juri akan menjual pantun-pantun yang pernah dijual dalam Pertandingan Pantun Antara Kementerian sejak tahun 2003. Anda hanya perlu menjawab pantun yang dijual dalam ruangan komen. Pantun yang terpilih akan mendapat ulasan daripada juri.

Berikut adalah ciri-ciri pantun yang kami cari:
1. Pantun hanyalah jenis empat kerat dengan rima hujung baris mestilah berpolakan a,b,a,b.
2. Pantun mestilah mengikut tema dan menjawab pantun yang dijual.
3. Pantun haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik atau perkauman ataupun berunsur porno.
4. Pantun mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana hasil pantun pihak lain.

Sila sertakan nama untuk memudahkan kami mengenalpasti pembeli pantun. Buat masa ini, BAKSUS tidak menyediakan sebarang hadiah kepada peserta yang responsif, tetapi mungkin boleh dibincangkan jika dipersetujui AJK Tertinggi Baksus.

Akhirnya, kami hidangkan pantun berkait dari buku Dalam Pantun Ada Makna untuk mencetuskan semangat tuan/puan sekalian.

Hendak sulur sulurlah daun
   Jangan meliar sampai ke atap
Hendak subur suburlah pantun
   Jangan tersasar merungkai adab

Jangan meliar sampai ke atap
   Palanglah kayu di atas para
Jangan tersasar merungkai adab
   Hilanglah ilmu asas pujangga


Penangguhan Perhimpunan DWI Bulanan BPM_28 Januari 2010

Tuan/Puan, Dukacitanya dimaklumkan bahawa Perhimpunan DWI Bulanan BPM terpaksa ditangguhkan sekali lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. Berikut adalah tarikh baru bagi Perhimpunan DWI Bulanan BPM… Tuan/Puan adalah dijemput hadir…

Berita Dukacita Mengenai Warga BPM

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,

Kepada semua rakan-rakan BPM, dukacita dimaklumkan warga BPM (Puan Zulraini bte Puteh) telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan yang dihadapi beliau.

Hospital : Putrajaya
Wad / Katil : Wad 2, Tingkat 2, Katil 22

Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau segera sembuh serta dapat menjalankan tugasnya semula.

Sekian.

Warga BPM menyambut kelahiran cahaya mata.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Azila bte Manap (UPRK) telah selamat melahirkan anak pertama seperti butiran di bawah :-

Bayi : Perempuan
Tarikh : 20 Januari 2010
Masa : 8.56 malam
Berat : 3.07 kg
Hosp : Hospital Pakar Az Zahrah, Bangi
(Wad Siti Rahmah, Tingkat 3)


Tahniah diucapkan.

21.1.10

Cahayamata: Puan Nor Azila bte Manap (UPRK)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Azila bte Manap (UPRK) telah selamat melahirkan anak pertama seperti butiran di bawah :-
 
Bayi     : Perempuan
Tarikh : 20 Januari 2010
Masa   : 8.56 malam
Berat  : 3.07 kg
Hosp   : Hospital Pakar Az Zahrah, Bangi
              (Wad Siti Rahmah, Tingkat 3)
 
 
Tahniah diucapkan.

18.1.10

Pemergian Ibunda tercinta kepada Halimaton Sa'adiah - UPPDKS

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Dukacita dimaklumkan bahawa, ibunda kepada Pn.Halimaton Sa'adiah UPPDKS telah kembali ke rahmatullah pada 18 Januari 2010,jam 6.00 pagi di Taman Muda,Ampang.
Warga BAKSUS ingin merakamkan takziah serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dari Allah s.w.t

14.1.10

Perhimpunan Dwi Bulanan Bil.1/2010

Pihak BAKSUS menjemput semua warga BPM agar dapat hadir dan menceriakan suasana bersama -sama .





13.1.10

Selamat Datang Warga Baharu BPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Diucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Warga Baru BPM,

1. Cik Nor Hamimah Binti Ali
T.Lahir : 26.10.1976
Status : Bujang
Jawatan : Pembantu Tadbir
Unit : UPT

2. En. Bakordin Bin Mohamed
T.Lahir : 02.11.1974
Status : Berkahwin
Jawatan : Pemandu
Unit : UPK

3. En. Nik Mohd Izani Bin Nik Abdul Aziz
T.Lahir : 06.11.1982
Status : Bujang
Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Unit : UPT

4. En. Khairul Anuar Bin Haris
T.Lahir : 18.03.1972
Status : Berkahwin
Jawatan : Pembantu Tadbir
Unit : UPK

pihak BAKSUS ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berharap agar warga baharu BPM dapat melaksanakan segala tugas dengan penuh semangat dan dedikasi .

12.1.10

Warga Baru : 12 Januari 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Diucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Warga Baru BPM,
 
 
1. Cik Nor Hamimah Binti Ali
     T.Lahir      : 26.10.1976
     Status       : Bujang
     Jawatan   : Pembantu Tadbir
     Unit           : UPT
 
 
2. En. Bakordin Bin Mohamed
     T.Lahir      : 02.11.1974
     Status       : Berkahwin
     Jawatan   : Pemandu
     Unit           : UPK
 
 
3. En. Nik Mohd Izani Bin Nik Abdul Aziz
     T.Lahir      : 06.11.1982
     Status       : Bujang
     Jawatan   : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
     Unit           : UPT
 
 
4. En. Khairul Anuar Bin Haris
     T.Lahir      : 18.03.1972
     Status       : Berkahwin
     Jawatan   : Pembantu Tadbir
     Unit           : UPK

Cahayamata : Puan Norhaliza Nali (UAPD)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norhaliza Nali (UAPD) telah selamat melahirkan anak pertama seperti butiran di bawah :-
 
Bayi     : Perempuan
Tarikh : 11 Januari 2010
Masa   : 11.27 pagi
Berat  : 2.65 kg
Hosp   : Hospital Pakar Annur, Bangi
              (Wad Lily 1, Tingkat 3)
 
 
Tahniah diucapkan.

6.1.10

Seminar Technology Update Bil 1/2010 - "GREEN DATA CENTER"

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pembangunan Kepakaran ICT, INTAN dengan kerjasama Datumstruct (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan Seminar Technology Update yang bertajuk "GREEN DATA CENTER: Go Green in Your Data Center with Virtualization & IT Infrastructure Management” seperti butiran berikut:
Tarikh : 28 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pg – 1.00 tgh
Tempat : Dewan Seri Baiduri INTAN, Bukit Kiara Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur

3. Objektif seminar, adalah untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam pengurusan pusat data yang berkonsepkan persekitaran hijau, di samping memberi maklumat mengenai kepentingan virtualisasi dalam pengurusan data.
4. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri seminar ini. Bersama-sama ini juga disertakan brosur seminar untuk rujukan tuan/puan. Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui emel / faks atau menghubungi urus setia seminar seperti berikut:
a) Cik Rekha Maryanne Louis 03-2084 7726 rekha@intanbk.intan.my

b) Cik Sharifah Fatimah bt Wan Idaris 03-2084 7703 shafa@intanbk.intan.my

4.1.10

Capaian sesawang carian penajaan

Tuan/puan,
Dipanjangkan capaian link bagi mereka yang mencari scholarship.
For the benefit of the children, students/friends' children, nephews/ nieces, etc.
MARA Scholarship Programs
http://www.mara. gov.my/english/ division/ BPP/default. htm
Yayasan Proton Scholarship http://www.malaysia -scholarship. com/yproton. html
PTPTN Education Loan http://ptptn. gov.my/
The Star Education Fund http://thestar. com.my/edufund
Astro Scholarship Award http://www.astro. com..my/v5/ astrolife/ scholarship/
PETRONAS Education Scholarship Programs http://esu-spmtrial .petronas. com.my/
MNRB Scholarship Fund http://www.mnrb. com.my/
OCBC Bank Scholarship http://www.ocbc. com.my/global/ aboutOCBC/ Gco_Abt_Communit y.shtm
Bank Negara Scholarship http://www.bnm. gov.my/
ABM 50th Merdeka Scholarship http://www.abm. org.my/
Curtin Sarawak Scholarship http://www.curtin. edu.my/
The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships http://www.nottingh am.edu.my/ students/ MISC/High% 20Achievers% 20Scholarship% 202006-July06. pdf
HELP University College http://www.help. edu.my/scholarsh ips/index. php
Adelaide Achiever Scholarships International (AASI) http://www.internat ional.adelaide. edu.au/future/ scholarships/ ug/
Curtin University of Technology Scholarship http://www.emaac. org/
Charles Darwin University Scholarship http://www.malaysia -scholarship. com/www.cdu. edu.au/engineeri ng/scholarships_ ug_int_eng. htm
Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships http://www.disted. edu.my/
Leeds University Scholarships http://scholarships .leeds.ac. uk/
Loughborough University Human Science Scholarships http://www.lboro. ac.uk/
MAAC Scholarship - La Trobe University 2006 http://www.latrobe. edu.au/internati onal/courses/ ughtml
NUS / Asean Undergraduate Scholarship http://www.nus. edu.sg/admission s/undergrad/ scholarship/ nus_asean. htm
UCL Pathfinder Scholarships http://www.ucl. ac.uk/
University of Sheffield Scholarship http://www.shef. ac.uk/malaysia/ entry.html
UTAR Scholarships http://www.utar. edu.my/
Nanyang Technological University Scholarship http://www.ntu. edu.sg/oad/ scholarships/ nanyang.htm
Tasmanian International Scholarships http://www.internat ional.utas. edu.au/documents /internationalAp plication. pdf
University of Malaya Fellowship Scheme http://ips.um. edu.my/
Universiti Malaysia Sarawak Scholarship http://www.unimas. my/
King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery Scholarship) http://apply. embark.com/ kaust/discovery/
Universiti Malaysia Sabah Scholarship http://www.ums. edu.my/pasca

Selamat Tahun Baharu 2010.

Selamat menyambut tahun baharu 2010..kepada semua warga BPM. Pihak BAKSUS berharap agar tahun 2010 akan menjadikan warga BPM lebih cekap, cermat dan cemerlang didalam merealisasikan segala usaha dan cabaran yang bakal diharungi pada tahun 2010.
Pihak BAKSUS juga berharap agar warga BPM dapat menyokong dan memberikan kerjasama kepada ahli AJK BAKSUS sesi 2009/2011 yang telah dilantik didalam menjayakan segala aktiviti dan program yang bakal dijalankan oleh BAKSUS.
Di atas segala kerjasama yang pihak tuan/puan warga BPM berikan didalam pertingkatkan kecemerlangan BAKSUS adalah sangat -sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

YDP BAKSUS
sesi 2009/2011

1.1.10

Kedai Baksus

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25