BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.8.11

Borang Maklumat Balik Kampung

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG : PDRM mengadakan satu program keselamatan balik kampung yang bertujuan mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.
Oleh itu satu borang yang dinamakan 'Borang Maklumat : Balik Kampung' disediakan untuk diisi oleh pemilik kediaman dan kembalikannya semula ke Balai Polis di kawasan anda, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan.
Klik pada pautan ini, http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf untuk memuat turun borang.


15.8.11

Kelahiran Cahaya Mata.

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

BAKSUS ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada..


PN NOR AKASHAH MOHAMED ALLAUDEEN (UPDKI)

DI ATAS

Kelahiran cahayamata kedua beliau..

Tarikh : 14 Ogos 2011
Jantina : Lelaki
Berat : 3.05kg
Masa Kelahiran : 4.55 petang


DI KPj KAJANG

10.8.11

Majlis Bacaan Yasssin dan Doa Selamat serta Ceramah Agama

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Seperti lazimnya, setiap tahun BAKSUS mengadakan Majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi Peperiksaan Awam dan pada tahun ini BAKSUS akan mengadakan Ceramah Agama bersekali dengan majlis tersebut. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Aras 4 

Penceramah / Ketua Bacaan Yassin : Imam Muda Hassan Adli  (Juara Program Imam Muda Musim Kedua)

Adalah diharapkan agar semua warga BAKSUS akan menghadiri majlis ini.

8.8.11

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Pn.Mazni bt Abas (UPKDI) telah meninggal dunia pada Jumaat (5 Ogos 2011).

Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian, terima kasih.