BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

29.11.11

Borang Usul - Mesyuarat Agung BAKSUS Kali Ke 18

Assalamualaikum
Tuan / Puan,

Dengan Segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarahkan menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung BAKSUS Kali ke-18 akan diadakan sejurus selepas Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan yang dijangka akan diadakan pada 5 Disember 2011 ini.
3. Sehubungan itu, diedarkan borang usul kepada semua ahli BAKSUS sekiranya terdapat sebarang usul yang ingin dikemukakan di dalam Mesyuarat Agung tersebut. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha BAKSUS di alamat email adawiyah.ab@moe.gov.my selewat-lewatnya pada 2 Disember 2011 (Jumaat).
4. Di atas segala kerjasama tuan / puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.





Rabiatul Adawiyah Binti Ab Rashid
(Setiausaha BAKSUS sesi 2009/2011)

28.11.11

Salam Maal Hijrah 1433H

To all muslim, salam Maal Hijrah 1433H - May Allah bless all of us.... Ameen.

25.11.11

Mohon Sumbangan Bagi Warga BAKSUS Yang Bertukar dan Melangsungkan Perkahwinan.

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum pegawai berikut telah bertukar dan melangunsgkan perkahwinan. Pegawai berkenaan ialah :

Berpindah /Bertukar
1. Pn.Azmamera bt Sulaiman (N17 UPPDKS) - Bertukar ke SK Sungai Kertas, Selangor
Melangsungkan Perkahwinan
1. Pn.Nor Khafifah bt Jalany & Pasangan (F41 UPT)
2. Mohd Razis b.Abd Rahman & Pasangan (F29 UAPT)
3. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS ingin mengadakan kutipan ikhlas untuk tujuan di atas. Bagi melancarkan kutipan tersebut, AJK Kecil Biro ini dipertanggungjawabkan bagi mengutip sumbangan ikhlas tersebut iaitu :

 SUB/TSUB/UPK - Pn. Rahemah
 UAPD /UPT - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman
 UPPDKS - En. Raihan Bin Omar
 UAPT - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
 UKNA /UPDKI - Pn. Norashikin Binti Ab Hamid
 UPRK - En. Mohd Suhaimi Bin Husin
 UAP - Cik Noraini Binti Noor Din

4. Sumbangan boleh diserahkan selewat-lewatnya pada 30 November 2011 kepada Pn.Rahemah Tan (UPK). Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian.





Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)
http://baksus.blogspot.com/

Malaysia Air Festival 2011




Untuk yang berminat dalam dunia penerbangan, boleh bawa keluarga ke Festival Udara Malaysia 2011 anjuran bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah dirasmikan oleh YB PM pada 17 Oktober yang lepas. Pelbagai aktiviti dianjurkan termasuklah pertunjukan aerobatics, ceramah, mini planetarium, flight simulator dan banyak lagi. Harga masuk adalah RM10 (Dewasa), RM5 (Kanak-kanak 6-12) dan percuma untuk warga emas dan kanak-kanak bawah 6 tahun.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.mavfest.com/index.php

24.11.11

Tahniah Atas Kejayaan di Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovasi KPM 2011

Bahagian Pengurusan Maklumat telah menghantar dua (2) penyertaan ke Konvensyen Kumpulan dan Kreatif, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun ini yang berlangsung daripada 21hb - 24hb November di Hotel Grand  Blue Wave Shah Alam, iaitu kumpulan Cybertech dan e-Solution. Dengan jumlah penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 43 kumpulan daripada seluruh negara, dan persembahan yang sangat hebat daripada semua kumpulan, salah satu kumpulan BPM iaitu Cybertech telah berjaya merangkul Naib Johan bagi Kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan daripada semua warga BAKSUS!

21.11.11

Majlis Perpisahan Pn. Chuah Paik Har dan Pn. Ku Pisah binti Ku Ahmad

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan satu majlis akan diadakan seperti berikut :

        Masa : 3.00 petang
        Tarikh : 21hb November 2011 (Isnin)
        Tempat : Ruang Legar Aras 4 (berhadapan bilik TSUB)


Tentatif Majlis

3.00 - 3.30 petang :      Warga BPM berkumpul
3.30 petang :                 Majlis Bermula
                                    - Ucapan Aluan
                                    - Bacaan Doa
                                    - Ucapan SUB
                                    - Ucapan Pegawai Yang Diraikan
                                    - Penyampaian Cenderahati
4.30 petang :                 Upacara "Thumb Out"
                                    - Warga BPM berbaris daripada ruang legar Aras 4 ke bahagian Admin
                                    - Bersalam-salam dan bermaaf-maafan
                                    - "Thumb Out"

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat dihargai. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis dan menjadi ingatan bagi yang diraikan.

15.11.11

Jemputan Walimatul Urus - Muhamad Tarmizi Mat Husin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Pihak BAKSUS dengan penuh takzimnya mewakili 
Saudara Muhamad Tarmizi Mat Husin (UAP)
menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau seperti berikut :

Tarikh : 4 Disember 2011 (8 Muharram 1433 Hijrah)
Masa : Jam 11.00 pagi – 6.00 petang
Bertempat di : No. 79, Kg. Gerong Apal, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu


Semoga kehadiran warga BPM akan memeriahkan lagi majlis beliau dan diberkati Allah hendaknya.

Wassalam.

Berita Kelahiran Cahayamata

10.11.11

Jemputan Walimatul Urus - Siti Zaileha A. Salam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.

Pihak BAKSUS dengan penuh takzimnya mewakili
Saudari Siti Zaileha A. Salam (UPT)
menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau seperti berikut :

Tarikh : 20 November 2011 bersamaan 24 Zulhijjah 1432Hijrah
Masa : Jam 11.00 pagi – 5.00 petang
Bertempat di : Kg. Pt. Senah Pt Yaani, 83710 Yong Peng Johor.


Semoga kehadiran warga BPM akan memeriahkan lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya.

Wassalam.

4.11.11

Salam Aidiladha

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Kepada Semua Warga BAKSUS
Selamat menyambut Aidiladha 1432 Hijrah 


2.11.11

HARI KELUARGA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KPM akan menganjurkan sambutan Hari Keluarga KPM Tahun 2011 yang bakal dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran pada tarikh berikut:

Tarikh: 13 November 2011 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan A, Malaysia Argo Exposition Park Serdang (MAEPS)

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama dan mewujudkan persefahaman serta semangat kerja berpasukan di kalangan warga KPM dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi dan hiburan kepada warga termasuk keluarga.

Semua warga KPM digalakkan hadir bersama ahli keluarga bagi memeriahkan sambutan
Hari Keluarga KPM Tahun 2011.