BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

11.2.10

Lawak² dan Cerita²nya...

emel dipanjangkan oleh En. Hassan (UAPD);

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari
jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku
sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu
itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah
dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang
menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang
cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba
masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A,
malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B
kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya
bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna
merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap
atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam
tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang
dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan
makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan,
takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal
jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang
kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah
buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah
disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi
untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa
sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

CERITA1

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun
masuk bilik air.Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas
kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet. Sekali lagi dia
terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri.

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun
menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi...lampu tu terbukak dan padam
sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata..
"Dah. dia buat dah perangai lama.Awat hang kencin dlm peti ais.???

CERITA2

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di
Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan
anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah
kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah
kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke
ketiga,"Congratulation!isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak
menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa
risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

CERITA 3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing....___

No comments:

Post a Comment