BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

14.12.11

Undangan Walimatul Urus - Nooraini binti Mohamed Zin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.

Pihak BAKSUS dengan penuh takzimnya mewakili

Saudari Nooraini binti Mohamed Zin (UAP)

menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau seperti berikut :

Tarikh : 18 Disember 2011 bersamaan 22 Muharam 1433Hijrah
Masa : 12.00 tengahari – 6.00 petang
Bertempat di : Lot.1158, Kg.Sungai Perupok, 16300 Bachok,Kelantan.


Semoga kehadiran warga BPM akan memeriahkan lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya.

Wassalam.


13.12.11

Mohon Sumbangan Bagi Warga BAKSUS Yang Bertukar

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum pegawai berikut telah dan bakal bertukar. Pegawai berkenaan ialah :

Berpindah /Bertukar
1. Pn.Masniah binti Abd.Samad (PTM(K) F44 UAPT) - Bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam,
    Cyberjaya
2. Pn.Shaidawati binti Jusoh (PPTM F32 UAPD) - Bertukar ke Jabatan Peguam, Presint 4.


3. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS ingin mengadakan kutipan ikhlas untuk tujuan di atas. Bagi melancarkan kutipan tersebut, AJK Kecil Biro ini dipertanggungjawabkan bagi mengutip sumbangan ikhlas tersebut iaitu :

  • SUB/TSUB/UPK - Pn. Rahemah
  • UAPD /UPT - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman
  • UPPDKS - En. Raihan Bin Omar
  • UAPT - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
  • UKNA /UPDKI - Pn. Norashikin Binti Ab Hamid
  • UPRK - En. Mohd Suhaimi Bin Husin
  • UAP - Cik Noraini Binti Noor Din

4. Sumbangan boleh diserahkan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2011(Khamis) kepada Pn. Rahemah Tan (UPK). Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.




Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)
http://baksus.blogspot.com/

1.12.11

Berita Dukacita

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Untuk makluman semua Cik Norzaidah Binti Mohammad Nor (UPDKI) telah dimasukkan ke wad 9B Hospital Selayang untuk menjalani rawatan sakit kronik mulai 21hb November hingga 3hb Disember.

Marilah kita semua mendoakan agar kesihatan beliau segera pulih, Ameen.

Cik Norzaidah Mohammad Nor (UPDKI) menjalani rawatan di Wad 9B Hospital Selayang dari 21 Nov. hingga 3 Dis. 2011

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

Untuk makluman, saya ada menerima SMS dari Cik Norzaidah Binti Mohammad Nor berbunyi “Saya sedang menjalani rawatan sakit kronik di Hospital Selayang wad 9B mulai 21/11 hingga 3/12” dan sebelum itu beliau ada memaklumkan kepada saya melalui emel bahawa beliau akan menjalani rawatan di Hospital.

Marilah kita semua mendoakan agar kesihatan beliau segera pulih, Ameen.



KPSU (UPDKI)