BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

28.7.11

Keputusan Pertandingan Karom BAKSUS 2011

Karom Baksus telah selamat tamat dengan jayanya.Berikut adalah kedudukan berdasarkan kiraan mata.

Lelaki
1. Muhamad Irwan B. Sharani - 38 mata
2. Nur Bazli B. Arola - 26 mata
3. Khairul Fadhli B. Abdul Karim - 22 mata
4. Husin Zainuddin - 22 mata

Perempuan
1. Norashikin - 32 mata
2. Farrah Fazilah - 30 mata
3. Norzaidah - 29 mata
4. Izwan Hani - 27 mata
5. Diana Ezlee / Emyreema - 22 mata


Tahniah di ucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada warga BPM yang telah menyertai pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

Kelahiran Cahaya Mata

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

BAKSUS ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada..


PN RAHIMAH BT NOH (UPPDKS)

DI ATAS

Kelahiran cahayamata kedua beliau..

Tarikh : 27 Julai 2011
Jantina : Perempuan
Masa Kelahiran : 9.50 mlm

DI HOSPITAL SERDANG

21.7.11

Pekerja Contoh BPM Bagi Bulan Mac dan April 2011

Senarai nama Pekerja Contoh bagi Bulan Mac dan April 2011 adalah seperti berikut:
 


 


Pihak Pengurusan BPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai dan kakitangan yang terpilih.

Sekian, terima kasih.

20.7.11

Pengemaskinian Polisi Keselamatan Katalaluan Domain dan Emel

Sukacita dimaklumkan bahawa UPRK, BPM sedang dalam proses mengemaskini polisi kata laluan domain dan emel rasmi KPM selaras dengan amalan baik yang terdapat pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 (Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik). Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Lampiran C pekeliling tersebut telah menggariskan ciri-ciri keselamatan yang sesuai digunakan seperti berikut: -

Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan

  1. Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.
  2. Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan serta merta.
  3. Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam *30 hari.
  4. Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah “j2-yU!pa”. (AMARAN: Jangan guna kata laluan ini kerana ianya telah diketahui umum).
  5. Elakkan dari menggunakan semula **empat (4) kata laluan yang terdahulu.
  6. Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media.

Anda boleh menghubungi pentadbir sistem ICT BPM En. Hafizulazli Khamis (ext 3765) dan Cik Raudhah Idris (ext 3767) sekiranya mempunyai sebarang masalah berkenaan perkara ini.

Polisi Dalaman BPM:
* atau 60 hari
** atau dua (2) kata laluan terdahulu

Segala kerjasama tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.



Catatan Biro Penerangan:
Anda boleh menggunakan laman sesawang PasswordAdvisor untuk menyemak kekuatan kata laluan anda. Para pembangun sistem aplikasi juga boleh mendapatkan kod aturcara yang boleh digunakan untuk disesuaikan dengan sistem aplikasi anda.

Berita Kelahiran Cahayamata

19.7.11

SALAM PERPISAHAN

Kepada semua pegawai dan kakitangan BPM



Adalah dimaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya di dalam perkhidmatan awam. Saya telah berkhidmat dalam kerajaan selama 38 tahun 2 bulan 2 hari dan dirasakan sudah terlalu lama.

Pada kesempatan ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya saya ada melakukan kesalahan. Manalah tahu dalam sedar tak sedar saya ada menyakitkan hati tuan / puan. Saya juga minta dihalalkan makan dan minum. Mungkin selepas ini kita akan jarang berjumpa atau mungkin tiada langsung. Saya doakan tuan / puan semuanya selamat dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Sekian, dan selamat tinggal semuanya.



(SHAHARUDDIN BIN ABDUL WAHAB)

5.7.11

Jemputan Walimatul Urus - Puteri Kedua Tuan Haji Wan Yusoff Wan Yaacob

Dengan penuh kerendahan hati BAKSUS mewakili Tuan Haji Wan Yusoff Wan Yaacob menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan puteri kedua beliau pada:-



Tarikh:  
Ahad (27 Februari 2011) 
8 Syaaban 1432 Hijrah

Bertempat:  
Dewan Sri Melati, 
Kompleks Perbadanan Putrajaya 24, 
Precint Perdana, Precint 3, PUTRAJAYA



Semoga dengan kehadiran anda semua dapatlah memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Berita Terkini

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Kepada semua warga BPM, dimaklumkan bahawa Pn. Syazrah bt Ahmad Badri (UAP) telah dimasukkan ke Hospital pada hari Jumaat yang lalu.

Hospital : Hospital Putrajaya
Katil : Wad 2B, Katil 17
Punca/Sebab : Pemantauan bayi di dalam kandungannya

Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau dan bayi di dalam kandungannya selamat dan sihat.

Dikesempatan ini juga, pihak BAKSUS ingin menyampaikan salam beliau kepada semua.

Biro Penerangan BAKSUS

Keputusan Pertandingan Sudoku dan Word Search


Dengan rasminya, diumumkan keputusan pertandingan

     
SUDOKU di menangi oleh

KEDUDUKAN
TEMPAT
Nama Peserta
Catatan Minit
1.
Raudhah bt Idris/ UPRK /
6
2.
Norsharizan bt Muhamad / UAPT
8
3.
Norzaidah bt Mohammad Nor /UPPDKI
9

WORD SEARCH

KEDUDUKAN
TEMPAT
Nama Peserta
Catatan Minit
1.
Norazian binti Hadman / UAP
-
2.
Haryani bt Sarnun / UAPT
-
3.
Shaidawati bt Jusoh / UAPD
-


Tahniah di ucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada warga BPM yang telah menyertai pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.


Setiausaha Biro Sukan 2009/2011

4.7.11

Berita Dukacita

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan, Bapa mertua kepada Tn.Syed Gawi bin Syed Mohd Agil (TSUB SDKI) telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin (5/07/2011) akibat Komplikasi Kesihatan. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat serta termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah S.W.T.

Sekian, harap maklum.

Al-Fatihah.

2.7.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Warga BPM yang dihormati,

Pada hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini. Saya akan mula bercuti sebelum pergi melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Sabak Bernam pada 6 Julai 2011. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB memberi kerja sama dengan saya. Terutama pada kepada KPSU UPPDKS Puan Sharifah Awi .

Kepada semua rakan-rakan Juruteknik, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang berada di sini.

Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada.

Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.

Akhir kata, semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.


Sekian, semoga kita berjumpa lagi.





Haslinda Binti Mohd Som

1.7.11

Berita Kelahiran Cahayamata


Tahniah diucapkan dan semoga berjaya mendidik anak yang cemerlang!