BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

8.2.10

KPLSPM: Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Y.A.B. Tan Sri, Y.B Datuk, Y.B Dr.
Yg. Bhg. Tan Sri/Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM ( KPLSPM ) Ambilan Jun 2010 akan dibuka pada 8 Februari 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM ) Ambilan Jun 2010 akan ditutup pada 28 Mac 2010 (Ahad).

Sekian, terima kasih.