BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

31.1.11

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan tahun ini merupakan kali ketujuh disambut secara bersama menggabungkan ketiga‐tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sejak kewujudan Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004. Pada tahun ini, genaplah 37 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 27 tahun Labuan dan 10 tahun Putrajaya merayakan sambutan di bawah entiti Wilayah Persekutuan.

Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1 Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi”. Pemilihan tema ini ialah berasaskan Wilayah Persekutuan mampu menjuarai dan muncul di tangga teratas sebagai penanda aras Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar bersama DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan ingin memberikan GOODIES KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN agar dapat bersama‐sama merasai kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2011 ini seperti
yang dinyatakan di bawah ini;


WP PUTRAJAYA
  1. Festival jualan (jualan murah) di Putrajaya bermula pada 29 Januari sehingga 28 Februari 2011 di Alamanda dan Mydin Putrajaya;
  2. Bayaran masuk secara percuma bagi pelawat‐pelawat ke Taman-taman Awam Putrajaya pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011. Walau bagaimanapun, pengecualian/kelonggaran ini tidak termasuk bayaran sewaan untuk kemudahan lain seperti penggunaan trem, sewaan ruang, gelanggang permainan/sukan, kayak, basikal, wall climbing dan sebagainya;
  3. Diskaun sebanyak 30% kepada pemegang MyKad Warga Wilayah Persekutuan yang bermula dari 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (Untuk maklumat lanjut hubungi 03‐88885539);
  4. Lawatan berpandu ke tempat‐tempat menarik di sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula dari I‐Center Dataran Putra pada 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 (Untuk maklumat lanjut hubungi I‐Center Putrajaya 03‐88877584);


“SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011”
1 WILAYAH PERSEKUTUAN, MENJUARAI TRANSFORMASI


petikan siaran media Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

27.1.11

Jemputan Walimatul Urus - En. Nik Mohd Izani Bin Nik Abdul Aziz

Dengan penuh kerendahan hati BAKSUS mewakili En. Nik Mohd Izani Bin Nik Abdul Aziz (UPT) menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada:-

Tarikh: Jumaat (4 Februari 2011) bersamaan 01 Rabiulawal 1432 Hijrah
Bertempat: Lot 210A, Jalan Damai, Kampung Cherang, 15200 Kota Bharu, Kelantan D.Naim

Dan

Tarikh: Ahad (27 Februari 2011) bersamaan 24 Rabiulawal 1432 Hijrah
Bertempat: No 190, Jalan MP37, Matang Pagar, 47000 Sungai Buloh, Selangor DE

Jemputan online: http://www.walimatul-urus.com/undangan/syaza.php

Semoga dengan kehadiran anda semua dapatlah memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Kelahiran Cahayamata

BAKSUS merakamkan Jutaan TAHNIAH kepada En. Mohd Nasaruddin b.Mohd Taib (UPRK) kerana menerima cahayamata Pertama beliau seperti butiran berikut:

Tarikh : 26 Januari 2011
Jam : 9.45 pagi
Jantina : Perempuan
Berat : 2.76kg
Tempat : Hospital Pakar Salam, Senawang


Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.

26.1.11

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Cik Norashikin Ismail (UPK) telah meninggal dunia pada Ahad (16 Januari 2011, jam 6.26 petang) disebabkan oleh 'Cardiogenic Shock'.

Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian, terima kasih.

1.1.11

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua warga BAKSUS BPM. Semoga tahun 2011 akan menjadikan kita semua insan yang lebih berusaha, berjaya dan meningkatkan usaha bagi menjayakan matlamat dan pencapaian BPM,KPM.
Sekian.


-rashidy mahzan-
Pengerusi
Biro Penerangan