BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

25.2.11

Pertandingan Bowling BAKSUS 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Warga BPM ,

Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Biro Sukan BAKSUS Sesi 2009/2011 BPM akan menganjurkan Pertandingan Bowling BAKSUS 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 01 April 2011 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang
Tempat : ARLBOWL ALAMANDA PUTRAJAYA
Tarikh Tutup Penyertaan : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Satu Kumpulan : 3 orang
Yuran pendaftaran : RM10 Seorang (2 permainan + kasut)
Hadiah pertandingan : Tempat Pertama - Keempat
Hi-Game Award (L/P)
Cabutan bertuah : Hadiah hamper ada disediakan kepada 10 orang warga BPM yang bertuah.

2. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahhim di antara kakitangan BPM serta mencungkil bakat-bakat bagi mewakili BPM di dalam Majlis Sukan yang akan dianjurkan oleh MESCA kelak. Bagi warga BPM yang berminat untuk mewakili dalam pertandingan ini bolehlah memberi nama kepada saya berserta dengan yuran pendaftaran setiap kumpulan (RM30) pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyertaan adalah terhad iaitu sehingga 10 kumpulan sahaja, siapa cepat dia dapat!

3. Untuk makluman hanya peserta yang menyertai pertandingan ini dan urusetia sahaja diberi pelepasan pada waktu bekerja oleh SUB BPM. Saya mewakili pihak AJK Biro Sukan BAKSUS berharap mendapat perhatian dan kerjasama dari warga BPM untuk menyertai pertandingan ini.


Sekian, terima kasih.


"MAJULAH SUKAN UNTUK BPM"


Shaidawati Binti Jusoh
Biro Sukan BAKSUS BPM

24.2.11

Larian Bangi Perdana 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Larian Bangi Perdana 2011

Larian Bangi Perdana 2011 will be held on 27th February 2011.

Categories & Distances:-

A:Men's Open (18 and above) - 10KM
B:Men's Veteran (40 and above) - 7KM
C:Men's Senior Veteran (50 and above) - 7KM

D:Women's Open (18 and above) - 10KM
E:Women's Veteran (40 and above) - 7KM
F:Women's Senior Veteran (50 and above) - 7KM

G:Boys (13 to 17) - 7KM
H:Girls (13 to 17) - 7KM

I:Family Run (children below 12) - 3KM
J:Corporate Run (18 and above) - 10KM

Cash prizes will be awarded to top 10 of each category.

For more information, call 014-7344 303 (Noor).

Tags : Larian Bangi Perdana 2011

Registration Details

Registration starts : 01 Feb 2011 to 26 Feb 2011
For the Details info : Click here

Entry info & costs:-

RM10 per participant for all categories.

Registration can be made at Ground Floor, Kompleks PKNS B.Baru Bangi from 9th - 26th February 2011.

Alternatively, you can post registration forms and payments to Bangi Industry Administration Association, Pusat Rawatan Islam Az-zahrah, No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D.E

Perhimpunan Dwi Bulanan BPM Bil 1/2011

Berita Kelahiran Cahayamata

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BAKSUS ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada..

Puan Norsyahliza Mohd Shah
(UPPDKS)

yang telah selamat melahirkan cahayamata ketiga beliau pada

Tarikh: 22 Februari 2011
Jantina: Perempuan
Masa Kelahiran: 4.20 petang
Berat: 2.7 kg


Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.

22.2.11

Senamrobik Anjuran MESCA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Rekreasi Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia (MESCA) akan menganjurkan Senamrobik MESCA.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Biro Rekreasi mempelawa semua ahli MESCA (lelaki dan wanita) untuk menyertai program tersebut seperti jadual dibawah. Sila kemukakan senarai nama ahli yang berminat kepada saya dan bayaran adalah percuma. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Fadilah Bt. Harun (88846112) untuk mendapatkan maklumat lanjut.



JADUAL SENAMROBIK




* Tertakluk kepada perubahan Tarikh dan Instruktor.

Sekian, terima kasih.

19.2.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati

Hari ini merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat di BPM, selama 3 tahun saya di sini, iaitu di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya akan memulakan tugas baru di Arkib Negara, Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bermula pada 21 Februari 2011.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Begitu juga kepada semua KPSU, khasnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir), yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.

Kepada semua rakan-rakan UAPT, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM tidak mungkin saya lupakan walau dimana jua saya berada. (Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat pertama posting  ).

Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.

Turut dimohon maaf kepada rakan-rakan yang tak sempat saya bertemu dan berjabat salam buat kali terakhir. Harap tiada yang berkecil hati.

Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.

Sekian.

Wassalam..





SHARIDA MOHD YUSOF

18.2.11

Belasungkawa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan, ibu kepada rakan kita Norrul Hissam Pa'wan (UAP) telah kembali ke rahmatullah ketika Subuh pagi ini (18/02/2011). Semoga roh allahyarham termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah S.W.T.

Sekian, harap maklum.

Al-Fatihah.

Berita Kelahiran Cahayamata

BAKSUS merakamkan Jutaan TAHNIAH kepada warga BAKSUS yang menerima cahayamata baru-baru ini seperti butiran berikut: -

Cahayamata Pertama bagi
AB RAHMAN BIN AWANG (UAPD)

Tarikh: 27 Disember 2010
Jantina: Lelaki
Masa Kelahiran: 10.28 malam
Berat: 2.44 kg



Cahayamata Pertama bagi
HAMIDAH BINTI JAFAR (UAPD)

Tarikh : 30 Januari 2011
Jantina : Lelaki
Masa Kelahiran: 4.06 pagi
Berat : 3.15kg
Tempat : Hospital Putrajaya

Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.