BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

3.11.10

Selamat Meraikan Hari Deepavali

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

BAKSUS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meraikan Hari Deepavali kepada warga BPM khususnya yang beragama Hindu.
Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan menambahkan kebahagiaan dan keceriaan buat anda semua.

Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.


Sekian, terima kasih.



BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA
BADAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN SOSIAL (BAKSUS)

Jemputan Walimatul Urus - Encik Khairul Fadhli B Abdul Karim

Walimatul Urus

Dengan penuh kerendahan hati saya mewakili Encik Khairul Fadhli B Abdul Karim (UAPT) bagi menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :

Tarikh : Sabtu (27 November 2010) bersamaan 20 Zulhijjah 1431H
Bertempat : Dewan JKK, 365D Batu Uban, 11700 Gelugor, Penang.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan /Encik/Cik semua dapat menambah seri majlis serta diberkati Allah S.W.T.

Jemputan Walimatul Urus - Cik Juliana Binti Kamaruddin

Walimatul Urus

Dengan penuh kerendahan hati saya mewakili Cik Juliana Binti Kamaruddin (UPPDKS) bagi menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :

Tarikh : Ahad (21 November 2010) bersamaan 14 Zulhijjah 1431H
Bertempat : C-29, Felda Sungai Klah, 35600 Sungkai, Perak.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan /Encik/Cik semua dapat menambah seri majlis serta diberkati Allah S.W.T.

Jemputan Walimatul Urus - Cik Suzaini bt. Hj.Abd Rahman

Walimatul Urus

Dengan penuh kerendahan hati mewakilkan Cik Suzaini bt. Hj.Abd Rahman (UPPDKS) bagi menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :

Tarikh : Sabtu (13 November 2010) bersamaan 06 Zulhijjah 1431H
Bertempat : Dewan Prima LJT,Aras 6 Wisma LJT,Lorong Perak Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
Jamuan : Majlis bermula dari Jam 12.00 t/hari - 4.00 petang

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan /Encik/Cik semua dapat menambah seri majlis serta diberkati Allah S.W.T.

Kelahiran Cahayamata

Asalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa Puan Mazyana Mohamad (UAPT) telah selamat melahirkan bayi perempuannya (cahayamata sulung) seperti butiran berikut: -

Tarikh: 17/10/2010
Masa: 4.45ptg
Berat: 2.94kg
Tempat: Hospital Putrajaya

Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.