BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

30.9.11

SALAM PERPISAHAN

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua pegawai dan kakitangan BPM


Hari ini merupakan hari terakhir saya di BPM setelah berkhidmat selama 11 tahun dari 16/02/2000 – 30/09/2011. Bermula pada 03/10/2011 saya akan bertugas di SMK SUNGAI KERTAS.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat warga BPM terutama KPSU UPPDKS Puan Sharifah Bt Alwi,Puan Nornazeta dan kawan2 yang dikasihi (ex ompd) diatas bantuan dan kerjasama yang di berikan sepanjang saya berkhidmat di sini. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang di curahkan selama ini akan saya praktikkan di tempat baru.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada kalanya saya terkasar, tersilap atau terlepas kata ketika kita sama-sama menjalankan tugas. Semoga BPM akan terus maju sentiasa.



Ikhlas dari saya,

AZMAMERA BINTI SULAIMAN
PT N17 UPPDKS

21.9.11

Sambutan Hari Raya Aidilfitri BPM 2011

Program Hari Raya BPM 2011



8.30 - 10.30 - Perhimpunan Bulanan BPM di Blok E11 Aras 2


10.30 pagi - Ketibaan tetamu, iringan alunan Marhaban

                  - Ucapan Hari Raya daripada SUB BPM

                  - Bacaan Doa

                  - Pertandingan Juadah Raya Setiap Zon

                  - Penjurian juadah
                  - Acara Bergambar mengikut unit

                              - UPT

                              - UPDKI

                              - UPRK
                              - UPK
                              - UAP
                              - UAPT
                              - UAPD
                              - UPPDKS

1.00 tengahari - Penyampaian Hadiah Pertandingan

                          - Gerai 'umphhh'
                          - Gerai 'meletops'
                          - Pakaian Busana 'anggun' & 'segak'
                     - Majlis Bersurai






“Salam Aidilfitri untuk semua warga BPM
Jangan Ketinggalan!! Hadiah Menarik Menanti Anda….”

12.9.11

Jemputan Walimatul Urus - Cik Nor Khafifah Jalany

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t.  dan Salam Sejahtera

Semua warga BPM adalah dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan Cik Nor Khafifah binti Jalany (UPT) pada: -


Tarikh : 17 September 2011
Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang
Tempat : No 41, Kampung Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan


Semoga dengan kehadiran anda semua dapatlah memeriahkan lagi majlis berkenaan. 

Peta:
Klik untuk gambar besar
Klik untuk gambar besar

6.9.11

BERITA DUKACITA - SALAM TAKZIAH BUAT PUAN NORASHIKIN

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan,Puan Norashikin Ab.Hamid (UPDKI) telah kehilangan bayi yang dikandungnya pada 5 september 2011 (Isnin) yang lalu. Pihak BAKSUS mendoakan agar Puan Norashikin sekeluarga tabah menempuhi dugaan Allah S.W.T.

Sekian, harap maklum.

Al-Fatihah.