BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

30.12.10

SALAM PERPISAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati,

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua warga BPM di atas hubungan silaturrahim dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya berada di BPM.

Dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas, saya ingin memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan sama ada perbuatan atau perkataan sepanjang saya berkhidmat di BPM, baik yang disedari atau tidak disedari.Mohon dihalalkan segala makan, minum dan ilmu yang dicurahkan selama ini.

Salam Maju Jaya kepada semua WARGA BPM.



FADHILAH BINTI SAAT

28.12.10

KEJOHANAN PAINTBALL PIALA ASIA 2011 Jemputan Penyertaan - Divisyen 4

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Kelab Paintball Deltarovers dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Paintball Piala Asia 2011 yang akan berlangsung seperti berikut :

Tempat : Padang Akademi Paintball Malaysia, Kompleks Sukan Astaka, Jalan Utara, Petaling Jaya,Selangor
Tarikh : 15 - 16 Januari 2011
Yuran Penyertaan : RM330.00 setiap pasukan dan setiap kotak paintball (2,000 biji) dijual pada harga RM200.00 sekotak.

Bayaran sebanyak RM35.00 seorang dikenakan untuk penyediaan kad-kad ID pemain

Tarikh tutup

penyertaan : 12 Januari 2011 (Rabu)


2. Kategori ini hanya terbuka pada para pemain yang tidak pernah memasuki atau pernah menyertai kejohanan di peringkat Divisyen 4 dalam mana-mana kejohanan di negara kita ini yang mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT), jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan korporat dari seluruh negara.


3. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertainya sila hubungi Sekretariat Pertandingan ditalian Sofian (016 3323337) atau pejabat 03-6277 7779 atau email di piandaud@my-pnl.org . Borang penyertaan tuan/puan boleh dapatkannya ditempat saya manakala untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kejohanan Paintball ini tuan/puan boleh layari laman web www. asia-cup.com




Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Wakil BPM acara Jogathon MSSKPPM, Gua Kelang Perlis.

Pada 20 Disember lalu, bertempat di Gua Kelang Perlis telah berlangsung Kejohanan Jogathon MSSKPPM. BPM telah diwakili oleh Pn.Banumathy a.p Sundram dan En.Khairul Fadhli Abdul Karim dengan cemerlang berjaya menamatkan acara berkenaan.

Sekitar semasa acara berlangsung.....digamitkan dalam kenangan bergambar ini..


20.12.10

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kepada En. Annuar Ali (UPK) telah meninggal dunia pada Sabtu (18 Disember 2010).

Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian, terima kasih.

13.12.10

Berita Warga Baksus

Assalamualaikum wbt

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita Siti Nadiyah bt Mohd. Suyot telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Beliau ditempatkan di wad 7B katil 21.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.