BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

25.10.11

Jemputan Walimatul Urus - Mohd Razis Bin Abd Rahman



Dengan penuh kerendahan hati BAKSUS mewakili Mohd Razis Bin Abd Rahman (UAPD) menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :

Tarikh : Sabtu (29 Oktober 2011)
Bertempat : No. 1346, Blok 15 Felda Tunggal 81900 Kota Tinggi, Johor


Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan /Encik/Cik semua dapat menambah seri majlis serta diberkati Allah S.W.T.

1.10.11

JEMPUTAN KE SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN ICT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan ICT KPM 2011 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya

3. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan ICT di kalangan pengguna KPM.

4. Untuk makluman, seminar ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, KPM. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dan seluruh warga KPM dijemput menghadiri seminar ini. Bersama ini dilampirkan agenda seminar.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.