BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.10.10

Jemputan ke Majlis Persaraan Y. Bhg. Tan Sri KSU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Perkara diatas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dilampirkan memo jemputan ke Majlis Persaraan Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk makluman dan tindakan Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan.

Oleh kerana terdapat pelbagai aturcara yang dijadualkan bersempena dengan persaraan Y. Bhg. Tan Sri KSU, sebagai ringkasan, di bawah adalah jadual program pada 27 Oktober 2010 untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan:

TARIKH
MASA
PERKARA
JEMPUTAN
LOKASI
27 OKTOBER 2010
9.00 pagi
Mesyuarat bersama KSU dengan Ketua Bahagian/ Jabatan KPM
Ketua Bahagian/ Jabatan
KPM
Bilik Mesyuarat UTAMA, Aras 6, Blok E8, Kompleks E.
2.00 petang
Majlis Persaraan Y.Bhg. Tan Sri KSU (Majlis Amanat)
Semua warga Kementerian Pelajaran
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E.
4.00 petang
Majlis Punch Card Terakhir & bersalaman dengan warga Kementerian
Semua warga Kementerian Pelajaran
Lobi Blok E8

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan dipohon untuk menghubungi kami di talian 03-8884 6223/ 6265 (Pn. Ruzanna/ Pn. Siti Nor Hayati) atau melalui alamat emel ini. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr. Hj. Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Charity Walk in Support of World Hunger Relief 2010

15.10.10

KARNIVAL SUKAN MESCA 2010 - BOLA JARING

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tuan / Pua,


Berikut merupakan syarat-syarat Bola Jaring MESCA:-


a. 10 orang pemain untuk satu pasukan.


b. Semua pemain mestilah kakitangan tetap Jabatan /Bahagian di Kementerian Pelajaran (MESCA), kakitangan sementara atau kontrak tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.


c. Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Seluar ketat (Tights / Leotard) tidak dibenarkan.


d. Pemain-pemain hendaklah memakai “BIB” yang menunjukkan posisi pemain.


Kepada yang berminat sila hubungi Mashita Abdullah segera sebelum 18 oktober 2010.


Sekian.

KARNIVAL SUKAN MESCA 2010 - SYARAT-SYARAT INDOOR GAMES

Salam Sejahtera.

Tuan/puan

Berikut adalah peraturan dan syarat –syarat bagi acara Indoor Games.

A. SCRABBLE - Bahasa Inggeris, terbuka individu lelaki dan wanita

B. CATUR 
  • 1 penyertaan sahaja bagi setiap bahagian( 4 pemain & 1 simpanan & 1 pengurus.)
  • pemain mengikut ranking FIDE 1-2-3-4
  • Pemain hendaklah mencatat pergerakan permainan

C. CONGKAK
  • terbuka kepada ahli Mesca (Wanita Sahaja)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak melebihi dua(2) pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain(termasuk pengurus)

D. BATU SEREMBAN
  • terbuka kepada ahli Mesca (Wanita Sahaja)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak melebihi dua(2) pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain(termasuk pengurus)
  • 5 peserta bagi satu pasukan.

E. DAM -
  • sistem pertandingan (kalah keluar)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak lebih daripada 4 peserta dan 1 pengurus
  • terbuka kepada peserta lelaki & wanita

F. KAROM
  • Berpasukan lelaki
  • Setiap bahagian boleh hantar 4 pemain, 1 simpanan dan 1 pengurus.
  • Format permainan – 2 single lelaki , 1 double lelaki
  • Seseorang pemain dibenarkan bermain di dalam satu acara perseorangan dan satu acara beregu sahaja.

  • Terbuka – wanita
  • Single secara individu

G. DART
  • setiap bahagian dihadkan menghantar 2 pasukan
  • Setiap pasukan tidak melebihi lapan(8) orang serta seorang pengurus(1).
  • Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
  • Pengurus boleh bermain sekiranya nama turut daftar sebagai pemain.

FORMAT PERTANDINGAN
  1. susunan perlawanan dan kiraan mata berdasarkan berikut :-
    •  Empat Sepasukan (foursome) - 1001 x 1
    •  Perseorangan pertama - 501 x 3
    •  Beregu pertama - 501 x 1
    •  Perseorangan Kedua - 501 x 1
    • Beregu kedua - 501 x 1
  2. Setiap pemain dihadkan bermain 2 acara sahaja dalam satu perlawanan sama ada empat sepasukan dan perseorangan atau beregu.
  3.  Permainan dijalankan secara flying start.

Bagi yang berminat bolehlah menghantar nama kepada Puan Komathi sebelum 18 Oktober 2010.

Terima kasih.

KARNIVAL SUKAN MESCA 2010

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan-Puan,

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan MESCA akan menganjurkan Karnival Sukan MESCA 2010 pada 23-24 Oktober 2010 (Karnival 1) dan 29-30 Oktober 2010 (Karnival 2). Karnival ini terdiri daripada permainan luaran dan dalaman (indoor dan outdoor).

6.10.10

Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2010 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010



Untuk memeriahkan majlis sambutan Hari Raya BPM pada tahun 2010 ini berikut disenaraikan pertandingan yang akan dianjurkan sempena sambutan tersebut:

1. Pertandingan "Gerai Paling Ummph"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam Persembahan Makanan. Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • rasa makanan yang dihidangkan, 
  • cara hidangan dipersembahkan,
  • layanan yang diberikan kepada pengunjung dan
  • kerjasama antara ahli.
Peserta : 6 Gerai dari pelbagai unit yang telah ditentukan

2. Pertandingan "Gerai Paling Meletops"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam seni dekorasi dan menghias gerai masing². Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • Kreativiti menghidang juadah yang disediakan,
  • kreativiti mennghias gerai,
  • kreativiti menamakan gerai dan juga
  • kebersihan gerai
Peserta : 6 Gerai dari pelbagai unit yang telah ditentukan

3. Pertandingan "Buluh Perindu"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam seni suara dan persembahan pentas.

Syarat penyertaan:

a) Penyertaan terbuka secara solo/duo/kumpulan
b) Lagu yang dipersembahkan mestilah bertemakan Hari Raya
c) Persembahan tidak melebihi 5 minit
d) Boleh diiringi semua jenis instrumen, penggunaan muzik latar dibenarkan tetapi kemudahan untuk memainkan minus one tidak disediakan.

Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • suara dan intonasi,
  • gaya dan persembahan,
  • pakaian dan kreativiti penghayatan  

Kepada Ahli BAKSUS yang berminat untuk menyertai pertandingan Buluh Perindu, sila maklumkan kepada Puan Siti Norliayana Markuni (ext  3651 ) atau Puan Nor Haliza Nali (ext  3595 ). Hadiah menarik menanti anda!!!!  

dan akhir sekali;

4. Pertandingan "Pakaian Paling Anggun" dan "Pakaian Paling Segak"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus memperagakan pakaian sempena sambutan Hari Raya masing². Peserta akan dinilai dari segi pakaian yang dirasakan paling menarik.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Baksus. "Pakaian Paling Segak" terbuka kepada peserta lelaki dan "Pakaian Paling Anggun" terbuka kepada peserta wanita.


Sekian, terima kasih.

Kelahiran Cahayamata

Dimaklumkan bahawa warga BAKSUS, En. Saiful Azwan Shaari (UAPT) telah mendapat cahayamata lelaki seperti butiran berikut: -


DOB: 24/9/2010
TOB: 11.10 malam
POB: Hospital Kajang
Jantina: Lelaki
Berat: 2.75kg


Tahniah diucapkan daripada kami semua.