BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

31.12.09

Goodbye 2009...welcome 2010

Sehari sahaja lagi..kita bakal menjejaki tahun 2010. Apakah azam kita untuk tahun 2010? Adakah azam 2009 kita masih belum tercapai??
Harapan kita warga BPM agar tahun 2010 yang bakal ditempuhi nanti dapat diharungi dengan penuh iltizam dan semangat padu demi kecemerlangan kita umumnya dan menjayakan matlamat Misi dan Visi BPM khasnya didalam memenuhi sumbangan kita kepada Negara.

27.12.09

Cahayamata: Puan Azimah Ahmad (UKNA)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Azimah Ahmad (UKNA) telah selamat melahirkan anak ke-2 seperti butiran di bawah :-
 
Bayi     : Lelaki
Tarikh : 26 Disember 2009
Masa   : 9 pagi
Berat  : 3.0 kg
Hosp   : Hospital Putajaya
 
Tahniah diucapkan.

19.12.09

Cahayamata : En.Mohd Amir Mohamad Zali ( UAPT)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
 
Sukacita dimaklumkan, warga BPM telahpun menerima kedatangan kelahiran cahaya mata yang baru.
 
Adalah dengan ini diumumkan, En.Mohd Amir Mohamad Zali ( UAPT) selamat menerima cahaya mata bayi lelaki pada 17.12.2009 Jam 11.45pm di Hospital Putrajaya.
 
Pihak BAKSUS ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada En.Mohd Amir sekeluarga.
 
Sekian.Tahniah diucapkan.

18.12.09

Cahayamata : En.Mohd Rashidy Mahzan (UPRK)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
 
Sukacita dimaklumkan, warga BPM telahpun menerima kedatangan kelahiran cahaya mata yang baru.
 
Adalah dengan ini diumumkan, En.Mohd Rashidy Mahzan ( UPRK) selamat menerima cahaya mata bayi lelaki pada 18.12.2009 Jam 5.05pm di Hospital Putrajaya.
 
Pihak BAKSUS ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada En.Mohd Rashidy sekeluarga.
 
Sekian.Tahniah diucapkan.

8.12.09

Station Joke

A bus station is where a bus stops.

A train station is where a train stops.

On my desk I have a workstation.................

7.12.09

“Karnival Jualan Buku & ICT”


Jemput Datang Beramai-ramai Ke
“Karnival Jualan Buku & ICT”
Sempena
The 7th World Conference On Muslim Education
(World-COME 2009)
www.world.come2009. com
“19-27 Disember 2009”
9.00am until 6.00pm
Bertempat Di
“Ruang Legar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Muzium Negeri Selangor”