BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

2.10.09

NASI AMBANG VS NASI AMBENG

Sejak saya belajar dulu, pelik sungguh bila ada orang menyebut “Nasi Ambang”. Setelah diselidiki, rupa-rupanya, nasi ambang ni adalah nasi bungkus yang mengandungi ikan kering, ayam, sedikit sambal, serunding kelapa dan ulam. Nasi ambang dikatakan makanan tradisi orang Jawa. Yang saya tahu adalah nasi ambeng bukan nasi ambang.

Tapi mungkin istilah nasi ambeng ini sudah dikomersialkan menjadi nasi ambang pula. Cuma saya ingin perbetulkan konsep nasi ambeng itu sendiri. Kami masyarakat Jawa biasa menghidangkan nasi ambeng dalam kenduri-kendara. Bila menyebut nasi ambeng, lauk yang selalunya mesti ada adalah ikan kering, ayam (sama ada dimasak kicap, rendang atau ungkep), sambal goreng Jawa dan serunding kelapa. Kadang-kala ditambah juga urap daun ubi. Ada sesetengah tu pula meletakkan sedikit mee goreng atau mihun goreng. Nasi akan diletakkan dalam satu dulang besar. Lauk-lauk yang saya sebutkan di atas tadi pula diletakkan dalam dulang kecil. Dulang kecil ini pula akan di atas dulang nasi tadi. 4 orang akan makan dalam satu dulang ini. Selesai makan, lebihan nasi dan lauk ini akan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Nasi yg dibungkus ini pula kami sebut ‘berkat” atau kadang-kadang orang menyebut “bontrot”. Ayah saya pernah menyebut kenapa disebut berkat. Katanya dulu-dulu dalam kenduri kendara seorang kiyai akan dipanggil untuk membacakan doa, jadi lauk-pauk ini di bawa pulang sebagai membawa berkat doa kiyai tersebut.
Gaya makan dalam dulang inilah kami sebut “nasi ambeng” atau diringkaskan nasi ambeng adalah nasi yang dimakan beramai-ramai di dalam satu dulang. Kalau makan dalam pinggan, dah tak nama nasi ambeng begitu juga kalau nasi itu dibungkus asing-asing kita kena sebut “berkat” atau “bontrot” pula. Nasi ambeng adalah satu konsep masyarakat Jawa yang masih diparaktikkan hingga hari ini. Tetapi ada juga yang berasa tidak selesa atau “geli” makan beramai menggunakan satu dulang. Terpulang kepada pandangan masing-masing. Jika kenduri kendara, makan cara begini memudahkan tuan rumah untuk mengemas berbanding makan menggunakan pinggan.

Di Putrajaya, Presint 14 terdapat sebuah restoran yang menyediakan nasi ambeng sebagai menu utamanya dan rasanya sungguh enak. Kebetulan pemilik restoran tersebut adalah orang Johor juga. Nasi diletakkan di tengah-tengah pinggan dan dikelilingi dengan lauk pauk yang sungguh menyelerakan sebagaimana yang saya sebut tadi. Bolehlah mencuba makan nasi ambeng di sana!

No comments:

Post a Comment