BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

16.10.09

KARNIVAL SUKAN MESCA 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia (MESCA) akan menganjurkan Karnival Sukan MESCA  pada 6 hingga 8 November 2009. Karnival kali ini dibuat serentak untuk semua permainan dan bukannya dalam bentuk berperingkat-peringkat.

2. Karnival ini diadakan sebagai medan pemilihan pasukan MESCA yang akan bertanding di Pesta MSKPPM pada 19-23 Disember 2009 di Kota Kinabalu, Sabah selain dapat mengeratkan silaturahim antara warga Kementerian Pelajaran.

3. Karnival ini akan berlangsung seperti di dalam senarai yang dilampirkan. Bersama-sama ini juga disertakan Peraturan AM Karnival Sukan MESCA untuk panduan dan rujukan tuan/puan.

4. Kepada staf BPM (Tetap dan Kontrak) yang berminat untuk menyertai Karnival Sukan MESCA ini dikehendaki mendaftar nama kepada saya pada atau sebelum 28 Oktober 2009 (Rabu).  

5. Saya mewakili pihak Biro Sukan BAKSUS berharap mendapat perhatian dan kerjasama dari semua staf BPM untuk mengambil bahagian dalam Karnival MESCA ini.

Sekian, terima kasih.

Shaidawati Binti Jusoh
AJK Biro Sukan
BAKSUS 2009/2011

No comments:

Post a Comment