BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

2.7.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Warga BPM yang dihormati,

Pada hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini. Saya akan mula bercuti sebelum pergi melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Sabak Bernam pada 6 Julai 2011. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB memberi kerja sama dengan saya. Terutama pada kepada KPSU UPPDKS Puan Sharifah Awi .

Kepada semua rakan-rakan Juruteknik, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang berada di sini.

Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada.

Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.

Akhir kata, semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.


Sekian, semoga kita berjumpa lagi.





Haslinda Binti Mohd Som

No comments:

Post a Comment