BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

20.7.11

Pengemaskinian Polisi Keselamatan Katalaluan Domain dan Emel

Sukacita dimaklumkan bahawa UPRK, BPM sedang dalam proses mengemaskini polisi kata laluan domain dan emel rasmi KPM selaras dengan amalan baik yang terdapat pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 (Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik). Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan di Lampiran C pekeliling tersebut telah menggariskan ciri-ciri keselamatan yang sesuai digunakan seperti berikut: -

Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan

  1. Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.
  2. Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah dilaporkan kepada pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan serta merta.
  3. Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam *30 hari.
  4. Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas. Contoh kata laluan yang baik adalah “j2-yU!pa”. (AMARAN: Jangan guna kata laluan ini kerana ianya telah diketahui umum).
  5. Elakkan dari menggunakan semula **empat (4) kata laluan yang terdahulu.
  6. Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media.

Anda boleh menghubungi pentadbir sistem ICT BPM En. Hafizulazli Khamis (ext 3765) dan Cik Raudhah Idris (ext 3767) sekiranya mempunyai sebarang masalah berkenaan perkara ini.

Polisi Dalaman BPM:
* atau 60 hari
** atau dua (2) kata laluan terdahulu

Segala kerjasama tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.



Catatan Biro Penerangan:
Anda boleh menggunakan laman sesawang PasswordAdvisor untuk menyemak kekuatan kata laluan anda. Para pembangun sistem aplikasi juga boleh mendapatkan kod aturcara yang boleh digunakan untuk disesuaikan dengan sistem aplikasi anda.

No comments:

Post a Comment