BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

6.10.10

Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2010 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010



Untuk memeriahkan majlis sambutan Hari Raya BPM pada tahun 2010 ini berikut disenaraikan pertandingan yang akan dianjurkan sempena sambutan tersebut:

1. Pertandingan "Gerai Paling Ummph"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam Persembahan Makanan. Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • rasa makanan yang dihidangkan, 
  • cara hidangan dipersembahkan,
  • layanan yang diberikan kepada pengunjung dan
  • kerjasama antara ahli.
Peserta : 6 Gerai dari pelbagai unit yang telah ditentukan

2. Pertandingan "Gerai Paling Meletops"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam seni dekorasi dan menghias gerai masing². Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • Kreativiti menghidang juadah yang disediakan,
  • kreativiti mennghias gerai,
  • kreativiti menamakan gerai dan juga
  • kebersihan gerai
Peserta : 6 Gerai dari pelbagai unit yang telah ditentukan

3. Pertandingan "Buluh Perindu"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus mempamerkan bakat dalam seni suara dan persembahan pentas.

Syarat penyertaan:

a) Penyertaan terbuka secara solo/duo/kumpulan
b) Lagu yang dipersembahkan mestilah bertemakan Hari Raya
c) Persembahan tidak melebihi 5 minit
d) Boleh diiringi semua jenis instrumen, penggunaan muzik latar dibenarkan tetapi kemudahan untuk memainkan minus one tidak disediakan.

Peserta akan dinilai dari aspek berikut:
  • suara dan intonasi,
  • gaya dan persembahan,
  • pakaian dan kreativiti penghayatan  

Kepada Ahli BAKSUS yang berminat untuk menyertai pertandingan Buluh Perindu, sila maklumkan kepada Puan Siti Norliayana Markuni (ext  3651 ) atau Puan Nor Haliza Nali (ext  3595 ). Hadiah menarik menanti anda!!!!  

dan akhir sekali;

4. Pertandingan "Pakaian Paling Anggun" dan "Pakaian Paling Segak"
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Baksus memperagakan pakaian sempena sambutan Hari Raya masing². Peserta akan dinilai dari segi pakaian yang dirasakan paling menarik.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Baksus. "Pakaian Paling Segak" terbuka kepada peserta lelaki dan "Pakaian Paling Anggun" terbuka kepada peserta wanita.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment