BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.10.10

Jemputan ke Majlis Persaraan Y. Bhg. Tan Sri KSU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Perkara diatas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dilampirkan memo jemputan ke Majlis Persaraan Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk makluman dan tindakan Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan.

Oleh kerana terdapat pelbagai aturcara yang dijadualkan bersempena dengan persaraan Y. Bhg. Tan Sri KSU, sebagai ringkasan, di bawah adalah jadual program pada 27 Oktober 2010 untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan:

TARIKH
MASA
PERKARA
JEMPUTAN
LOKASI
27 OKTOBER 2010
9.00 pagi
Mesyuarat bersama KSU dengan Ketua Bahagian/ Jabatan KPM
Ketua Bahagian/ Jabatan
KPM
Bilik Mesyuarat UTAMA, Aras 6, Blok E8, Kompleks E.
2.00 petang
Majlis Persaraan Y.Bhg. Tan Sri KSU (Majlis Amanat)
Semua warga Kementerian Pelajaran
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E.
4.00 petang
Majlis Punch Card Terakhir & bersalaman dengan warga Kementerian
Semua warga Kementerian Pelajaran
Lobi Blok E8

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan dipohon untuk menghubungi kami di talian 03-8884 6223/ 6265 (Pn. Ruzanna/ Pn. Siti Nor Hayati) atau melalui alamat emel ini. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment