BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

15.10.10

KARNIVAL SUKAN MESCA 2010 - SYARAT-SYARAT INDOOR GAMES

Salam Sejahtera.

Tuan/puan

Berikut adalah peraturan dan syarat –syarat bagi acara Indoor Games.

A. SCRABBLE - Bahasa Inggeris, terbuka individu lelaki dan wanita

B. CATUR 
  • 1 penyertaan sahaja bagi setiap bahagian( 4 pemain & 1 simpanan & 1 pengurus.)
  • pemain mengikut ranking FIDE 1-2-3-4
  • Pemain hendaklah mencatat pergerakan permainan

C. CONGKAK
  • terbuka kepada ahli Mesca (Wanita Sahaja)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak melebihi dua(2) pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain(termasuk pengurus)

D. BATU SEREMBAN
  • terbuka kepada ahli Mesca (Wanita Sahaja)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak melebihi dua(2) pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain(termasuk pengurus)
  • 5 peserta bagi satu pasukan.

E. DAM -
  • sistem pertandingan (kalah keluar)
  • Setiap bahagian boleh menghantar tidak lebih daripada 4 peserta dan 1 pengurus
  • terbuka kepada peserta lelaki & wanita

F. KAROM
  • Berpasukan lelaki
  • Setiap bahagian boleh hantar 4 pemain, 1 simpanan dan 1 pengurus.
  • Format permainan – 2 single lelaki , 1 double lelaki
  • Seseorang pemain dibenarkan bermain di dalam satu acara perseorangan dan satu acara beregu sahaja.

  • Terbuka – wanita
  • Single secara individu

G. DART
  • setiap bahagian dihadkan menghantar 2 pasukan
  • Setiap pasukan tidak melebihi lapan(8) orang serta seorang pengurus(1).
  • Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
  • Pengurus boleh bermain sekiranya nama turut daftar sebagai pemain.

FORMAT PERTANDINGAN
  1. susunan perlawanan dan kiraan mata berdasarkan berikut :-
    •  Empat Sepasukan (foursome) - 1001 x 1
    •  Perseorangan pertama - 501 x 3
    •  Beregu pertama - 501 x 1
    •  Perseorangan Kedua - 501 x 1
    • Beregu kedua - 501 x 1
  2. Setiap pemain dihadkan bermain 2 acara sahaja dalam satu perlawanan sama ada empat sepasukan dan perseorangan atau beregu.
  3.  Permainan dijalankan secara flying start.

Bagi yang berminat bolehlah menghantar nama kepada Puan Komathi sebelum 18 Oktober 2010.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment