BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

20.8.10

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM) dan Bacaan Tahlil akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

            Tarikh : 03 September 2010 (Jumaat)
            Tempat : Ruang Legar UPPDKS
            Masa : 8.15 pagi


Sehubungan itu, kepada ahli BAKSUS yang mempunyai ahli keluarga yang akan menduduki Peperiksaan Awam pada tahun ini atau bagi tujuan Bacaan Tahlil nanti agar dapat memberikan nama kepada wakil Biro Kebajikan seperti berikut :

             o      SUB/TSUB/UPK   - Pn. Rahemah Binti Tan
             o      UAPD /UPT         - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman 
             o      UPPDKS          - En. Raihan Bin Omar 
             o      UAPT                 - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
             o      UKNA /UPDKI     - Cik Norashikin Binti Ab Hamid
             o      UAP                    - Cik Noraini Binti Noor Din
             o      UPRK                  - En. Mohd. Imran Bin Md Yusof

Untuk makluman juga, 1 botol air minuman 1.5L akan disediakan untuk  ahli keluarga yang akan menduduki Peperiksaan Awam. Justeru itu, diharap kepada semua ahli BAKSUS dapat memberikan nama kepada wakil unit masing-masing selewat-lewatnya 25 Ogos 2010 (Rabu). Bagi ahli BAKSUS yang ingin memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis ini adalah amat dialu-alukan.


Sekian, terima kasih.

Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)

No comments:

Post a Comment