BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

5.8.10

Kursus Sijil Pengajian Al-Quran dan Al-Hadith

Assalamualaikum Warga Baksus beragama Islam,
Mungkin majlis ilmu ini yang diwar²kan ini tidak berlangsung di dalam premis kita, tetapi jika ada yang berminat, semoga info ini membantu, manalah tahu, suatu hari nanti ilmu yang didapati itu dapat dikongsi dengan warga Baksus yang lainnya. Wallahu'alam.

 
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) menawarkan kursus dibawah untuk orang awam:
  1. Kursus Sijil Pengajian Al-Qur'an (SPAQ)
  2. Kursus Sijil Pengajian Al-Hadith (SPAH)
Pendaftaran "walk-in" dan kelas pertama akan bermula Sabtu 7 Ogos 2010 ini.

Kursus Sijil Pengajian Al-Qur'an (SPAQ)
  • Kelas 9am -11am Sabtu x 16 kali Sabtu + 1 hujung minggu tambahan untuk ujian
  • Yuran : RM300/modul
  • 4 modul kesemuanya (Modul ke-5 (tambahan) adalah opsyen sahaja)

Kursus Sijil Pengajian Al-Hadith (SPAH)
  • Kelas 9am -11am Sabtu x 16 kali Sabtu + 1 hujung minggu tambahan untuk ujian
  • Yuran : RM350/modul
  • 4 modul kesemuanya

Pendaftaran "walk-in" 8.30am - 10.00am Sabtu 7 Ogos 2010 di Aras 3 Blok A APIUM
Kelas pertama bermula 10am (hingga 12pm)
Untuk pertanyaan, telefon 043-7967 6167 (Urusetia)



No comments:

Post a Comment