BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

2.4.10

OPS PATUH PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,
 
Untuk makluman semua, JPJ dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "OPS PATUH PUTRAJAYA" di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan, 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian.

Berikut adalah hebahan penguatkuasaan bersepadu tersebut untuk tindakan lanjut tuan/puan.

OPS PATUH PUTRAJAYA!
Dalam menjadikan "Putrajaya - Bandaraya Contoh", penguatkuasaan bersepadu oleh JPJ, PPj, PDRM dan RELA akan dilaksanakan di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Sewaktu penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan:
  • Kenderaan boleh disita kerana kesalahan meletak kenderaan, tiada lesen kereta motor, memandu tanpa lesen dan pemandu di bawah umur.
  • Saman akan dikeluarkan terhadap 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-

        7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan:
        i.         Memotong barisan
        ii.        Memotong di garisan kembar
        iii.        Tidak mematuhi lampu isyarat merah
        iv.        Menggunakan lorong kecemasan
        v.        Memandu secara bahaya (guna telefon bimbit semasa memandu tanpa alat bebas tangan)
        vi.        Cermin gelap
        vii.        Lain-lain kesalahan
        2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-
        i.        Tidak memakai topi keledar
        ii.        Tidak memakai tali pinggang keledar
Oleh itu, semua warga Putrajaya dan Cyberjaya diseru untuk mematuhi peraturan lalulintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Kami pohon kerjasama tuan/puan untuk membuat hebahan kepada semua warga kementerian/jabatan/agensi tuan/puan.
 
Sekian, terima kasih.
 
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
 
Ismawati Mohd Shah
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri
 020410

No comments:

Post a Comment