BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

7.4.10

MOHON SUMBANGAN KE TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN

Sumbangan anda diperlukan


Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.         Seperti yang Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 untuk meringankan bebanan ibu bapa/Penjaga  yang tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Penubuhan Tabung KWAPM ini adalah selaras dengan usaha murni kerajaan dalam membasmi keciciran dikalangan pelajar sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tarikh 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan orang ramai.

3.         Sehubungan itu, Bahagian Kewangan (BKew) selaku penyelia Tabung KWAPM  ingin menyeru Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama membantu membela nasib murid-murid miskin dalam meneruskan persekolahan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit ke Tabung KWAPM melalui 2 cara iaitu:
a)    Mengkreditkan terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank MAYBANK : 564016117704

b)    Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan dialamatkan kepada:

Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

4.         Manakala bagi kakitangan kementerian pula, BKew amat mengalu-alukan sekiranya Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan melalui Program Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam (kod potongan gaji KWAPM: 4414). Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my/bkew (paparan Surat Pekeliling 2007) DAN menyerahkan kembali borang tersebut ke unit selenggara gaji di Bahagian/Jabatan masing-masing untuk diproses. Sokongan dan keprihatinan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam meningkatkan lagi bilangan penderma melalui program skim potongan gaji ini amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

5.         Sehubungan itu, sekali lagi saya ingin memohon kerjasama daripada Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat bersama-sama membantu kementerian  dalam usaha menambah dana Tabung KWAPM kerana BKew percaya masih terdapat banyak ruang untuk kita meningkatkan lagi bilangan dan jumlah sumbangan khususnya daripada kakitangan KPM. Bersama-sama ini disertakan poster hebahan Tabung KWAPM untuk rujukan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berkaitan perkara di atas amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


(HAJI JAMALUDIN BIN YAHAYA)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

No comments:

Post a Comment