BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

24.11.11

Tahniah Atas Kejayaan di Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovasi KPM 2011

Bahagian Pengurusan Maklumat telah menghantar dua (2) penyertaan ke Konvensyen Kumpulan dan Kreatif, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun ini yang berlangsung daripada 21hb - 24hb November di Hotel Grand  Blue Wave Shah Alam, iaitu kumpulan Cybertech dan e-Solution. Dengan jumlah penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 43 kumpulan daripada seluruh negara, dan persembahan yang sangat hebat daripada semua kumpulan, salah satu kumpulan BPM iaitu Cybertech telah berjaya merangkul Naib Johan bagi Kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan daripada semua warga BAKSUS!

No comments:

Post a Comment