BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

29.11.11

Borang Usul - Mesyuarat Agung BAKSUS Kali Ke 18

Assalamualaikum
Tuan / Puan,

Dengan Segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarahkan menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung BAKSUS Kali ke-18 akan diadakan sejurus selepas Majlis Perhimpunan Dwi Bulanan yang dijangka akan diadakan pada 5 Disember 2011 ini.
3. Sehubungan itu, diedarkan borang usul kepada semua ahli BAKSUS sekiranya terdapat sebarang usul yang ingin dikemukakan di dalam Mesyuarat Agung tersebut. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha BAKSUS di alamat email adawiyah.ab@moe.gov.my selewat-lewatnya pada 2 Disember 2011 (Jumaat).
4. Di atas segala kerjasama tuan / puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.





Rabiatul Adawiyah Binti Ab Rashid
(Setiausaha BAKSUS sesi 2009/2011)

No comments:

Post a Comment