BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

16.3.11

Aktiviti Jualan Barangan Terpakai Tabung KWAPM KPM

JUALAN BARANGAN TERPAKAI BAGI MEMPROMOSI DAN MENAMBAHKAN DANA TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN
Dengan segala hormatnya saya di arah untuk menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan (BKew) Cawangan Bantuan (Cbt) , dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan aktiviti promosi bagi menambahkan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dengan membuka gerai Jualan Barangan Terpakai untuk kali ke-2 yang bertemakan ”Mari Membeli Sambil Menyumbang ke Tabung KWAPM” .Promosi jualan akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) bertempat di Pasar Tani, Medan Letak Kereta Presint 2, Putrajaya di mana kesemua hasil penjualan barangan terpakai tersebut akan disalurkan terus ke tabung berkenaan.
3. Sehubungan itu, BKew selaku urus setia bagi aktiviti tersebut ingin mengalu-alukan kedatangan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi memeriahkan lagi aktiviti jualan anjuran bahagian ini. Semoga sokongan serta sumbangan yang diberikan daripada Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi perkara di atas dapat memberikan manfaat kepada semua khasnya kepada murid-murid miskin.

Sekian, terima kasih.

(BAIZURA MOHD ZAINON)
b.p:Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia


No comments:

Post a Comment