BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

25.5.10

JUMBLE SALE!!!!

AKAN DATANG DI BPM!!!!! 31 MEI YANG BAKAL MENGGEGARKAN!



Anda ada banyak item yang ingin di let go tetapi tidak ada platform melakukannya?
Andalah yang kami cari untuk menyertai JUMBLE SALE ini!

Mudah sahaja, ikuti langkah berikut:
• Daftarkan item yang hendak di let go sebelum 28 Mei 2010 (pastikan item masih berkeadaan baik)
• Tetapkan harga tawaran (Nak sumbang terus kepada BAKSUS pun OK!)
• Sekiranya barang anda terjual, BAKSUS akan bayar harga tawaran anda.
atau,
• jika anda ada produk sendiri untuk dipasarkan apa tunggu lagi... meriahkan jualan ini dengan produk anda
• tidak kira anda adalah pengedar Tupperware, Bio-aura, Avon, Cosway, jersi bola...
• Rundingkan sumbangan anda dengan kami... percayalah kami bukanlah demand sangat... :)

Mudah je kan? Jom la apa lagi, keluarkan item di stor anda daripada terbiar dan lusuh.

CEPAT BERTINDAK!!! Kami ada ramai yang ingin memiliki barangan anda....

Hubungi Biro Ekonomi BAKSUS:
Zaileha (3572), Nadiyah, (3548), Lyana (3651), Hanif (3550)

1 comment:

  1. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jumble Sale ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang

    ReplyDelete