BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

19.5.10

Kelas Membuat Coklat Anjuran BAKSUS

Assalamu'alaikum w.b.t.  & Salam Sejahtera,

BAKSUS telah mengadakan kelas membuat coklat untuk para staf pada Jumaat, 21hb Mei 2010 bertempat di Bilik Rehat BAKSUS dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kelas yang telah berlangsung dengan jayanya ini adalah di atas minat dan kesungguhan para peserta yang terlibat serta tenaga pengajar yang amat dedikasi. Semoga penglibatan peserta dapat diteruskan pada modul yang lain pula.


Kepada Kak Ros, tahniah kerana berjaya memasarkan hasil tangan peserta dengan begitu berkesan. Manakala ahli lain yang berminat untuk mengikuti bengkel serupa boleh memberikan nama kepada Siti Nadiyah untuk kelas akan datang yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam kelas tersebut, lebih kurang 100 biji coklat berjaya dihasilkan malah kesemuanya habis terjual dengan harga hanya RM1 sebiji. Harga yang tidak mampu didapati di luar sana dengan coklat sesedap yang telah dihasilkan.

Berikut adalah beberapa gambar semasa kelas tersebut berlangsung dan juga gambar coklat yang berjaya diihasilkan.












No comments:

Post a Comment