BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

13.3.10

BELASUNGKAWA - NORDIANA ABD RAHMAN

Allah lebih menyayanginya kerana beliau pergi terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi iaitu Allahyarhamah Nordiana Abd. Rahman, sahabat yang kita kasihi di BPM.

Bertugas sejak tahun 2005, Allahyarhamah Nordiana merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Aplikasi Peperiksaan. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 13 Mac 2010 bersamaan 28 Rabiul Awal 1431 Hijrah setelah lebih 2 minggu berada di Hospital Putrajaya.

Ahli-ahli BAKSUS telah sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman beliau di Pulau Pinang.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan supaya rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.

1 comment:

  1. al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan hambaNya yang beriman

    ReplyDelete