BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

16.3.10

Dermasiswa Zakat Sesi 2010/ 2011

Assalamu'alaikum & Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan permohonan Dermasiswa Zakat Sesi 2010/ 2011
telah dibuka. Tawaran ini meliputi bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab,
Tahfiz Qiraat dan Perubatan ke Universiti di Mesir, Jordan dan Morroco.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini serta borang permohonan sila klik sini.

Borang yang telah lengkap perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2010.

Maklumat lanjut sila hubungi 03-5514 3400 / 3600 sambungan 2048/2056
atau 03-55227700 sambungan 893.
 
Sekian

Lembaga Zakat Selangor (LZS), Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid
40000 Shah Alam, Selangor