BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.1.10

Pencarian Pemantun untuk segmen "Dalam Pantun Ada Makna"


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”  


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/puan warga baksus yang dikasihi,


Pencarian Calon Pemantun KPM terbuka kepada semua warga KPM khususnya ahli BAKSUS.
Seperti yang diketahui umum, Penyandang Juara Berpantun antara Kementerian diwakili oleh dua ahli Baksus.
Siapa lagi kalau bukan TYDP Baksus sendiri iaitu Cik Siti Zaileha A.Salam dan Puan Siti Norliayana Markuni.Oleh kerana kedua-duanya telah berkecimpung selama 5 tahun dan 3 tahun masing-masing sesuailah sekiranya bakat baru diberi peluang menceburi bidang ini.

Untuk peringkat permulaan, pihak BAKSUS telah mengambil inisiatif untuk membuka gelanggang berpantun kepada warga BAKSUS. Caranya mudah sahaja. Pihak Juri akan menjual pantun-pantun yang pernah dijual dalam Pertandingan Pantun Antara Kementerian sejak tahun 2003. Anda hanya perlu menjawab pantun yang dijual dalam ruangan komen. Pantun yang terpilih akan mendapat ulasan daripada juri.

Berikut adalah ciri-ciri pantun yang kami cari:
1. Pantun hanyalah jenis empat kerat dengan rima hujung baris mestilah berpolakan a,b,a,b.
2. Pantun mestilah mengikut tema dan menjawab pantun yang dijual.
3. Pantun haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik atau perkauman ataupun berunsur porno.
4. Pantun mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana hasil pantun pihak lain.

Sila sertakan nama untuk memudahkan kami mengenalpasti pembeli pantun. Buat masa ini, BAKSUS tidak menyediakan sebarang hadiah kepada peserta yang responsif, tetapi mungkin boleh dibincangkan jika dipersetujui AJK Tertinggi Baksus.

Akhirnya, kami hidangkan pantun berkait dari buku Dalam Pantun Ada Makna untuk mencetuskan semangat tuan/puan sekalian.

Hendak sulur sulurlah daun
   Jangan meliar sampai ke atap
Hendak subur suburlah pantun
   Jangan tersasar merungkai adab

Jangan meliar sampai ke atap
   Palanglah kayu di atas para
Jangan tersasar merungkai adab
   Hilanglah ilmu asas pujangga


No comments:

Post a Comment