BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

4.6.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum wrt dan Selamat Sejahtera,


Warga BPM yang dihormati,

Hari Selasa lepas merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat selama 6 tahun di BPM. Sepanjang tempoh perkhidmat di BPM, saya telah ditempatkan di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya telah ditawarkan kenaikan pangkat, memangku F44 di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat di Perbendaharaan Malaysia bermula 1 Jun 2011.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan BPM, Tn. Hj Wan Yusoff Wan Yaacob, Tn. Syed Mohd. Gawi Syed Agil, Pn. Hjh. Zabidah Ibrahim dan semua KPSU khususnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir, yang telah banyak memberi bimbingan, panduan , berkongsi pengalaman serta memberi kepercayaan dalam menjalankan tugasan.

Kepada semua rakan-rakan UAPT, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini.

Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada, insyaAllah.

Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.

Akhir kata, tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat posting pertama. Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.

Sekian, semoga kita berjumpa lagi.



AINI HAYATI BINTI LUEY

No comments:

Post a Comment