BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

25.2.11

Pertandingan Bowling BAKSUS 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Warga BPM ,

Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Biro Sukan BAKSUS Sesi 2009/2011 BPM akan menganjurkan Pertandingan Bowling BAKSUS 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 01 April 2011 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang
Tempat : ARLBOWL ALAMANDA PUTRAJAYA
Tarikh Tutup Penyertaan : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Satu Kumpulan : 3 orang
Yuran pendaftaran : RM10 Seorang (2 permainan + kasut)
Hadiah pertandingan : Tempat Pertama - Keempat
Hi-Game Award (L/P)
Cabutan bertuah : Hadiah hamper ada disediakan kepada 10 orang warga BPM yang bertuah.

2. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahhim di antara kakitangan BPM serta mencungkil bakat-bakat bagi mewakili BPM di dalam Majlis Sukan yang akan dianjurkan oleh MESCA kelak. Bagi warga BPM yang berminat untuk mewakili dalam pertandingan ini bolehlah memberi nama kepada saya berserta dengan yuran pendaftaran setiap kumpulan (RM30) pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyertaan adalah terhad iaitu sehingga 10 kumpulan sahaja, siapa cepat dia dapat!

3. Untuk makluman hanya peserta yang menyertai pertandingan ini dan urusetia sahaja diberi pelepasan pada waktu bekerja oleh SUB BPM. Saya mewakili pihak AJK Biro Sukan BAKSUS berharap mendapat perhatian dan kerjasama dari warga BPM untuk menyertai pertandingan ini.


Sekian, terima kasih.


"MAJULAH SUKAN UNTUK BPM"


Shaidawati Binti Jusoh
Biro Sukan BAKSUS BPM

No comments:

Post a Comment