BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

28.12.10

KEJOHANAN PAINTBALL PIALA ASIA 2011 Jemputan Penyertaan - Divisyen 4

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Kelab Paintball Deltarovers dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Paintball Piala Asia 2011 yang akan berlangsung seperti berikut :

Tempat : Padang Akademi Paintball Malaysia, Kompleks Sukan Astaka, Jalan Utara, Petaling Jaya,Selangor
Tarikh : 15 - 16 Januari 2011
Yuran Penyertaan : RM330.00 setiap pasukan dan setiap kotak paintball (2,000 biji) dijual pada harga RM200.00 sekotak.

Bayaran sebanyak RM35.00 seorang dikenakan untuk penyediaan kad-kad ID pemain

Tarikh tutup

penyertaan : 12 Januari 2011 (Rabu)


2. Kategori ini hanya terbuka pada para pemain yang tidak pernah memasuki atau pernah menyertai kejohanan di peringkat Divisyen 4 dalam mana-mana kejohanan di negara kita ini yang mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT), jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan korporat dari seluruh negara.


3. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertainya sila hubungi Sekretariat Pertandingan ditalian Sofian (016 3323337) atau pejabat 03-6277 7779 atau email di piandaud@my-pnl.org . Borang penyertaan tuan/puan boleh dapatkannya ditempat saya manakala untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kejohanan Paintball ini tuan/puan boleh layari laman web www. asia-cup.com




Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment