BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

3.9.10

Fakta Menarik Mengenai Gula

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh dan didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Walaubagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan, yang membawa kepada penambahan berat badan danseterusnya berisiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Gula juga adalah menyebab utama karies gigi.


Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan Kempen Kurangkan Gula 2010 untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan seterusnya menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.




Kita bolehlah mengamalkan tujuh langkah bijak mengurangkan pengambilan gula seperti di bawah: -


  1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.
  2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Elak menambah gula dalam masakan.
  4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kek.
  6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  7. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".


Sebagai rujukan tambahan, marilah kita membaca pamplets ini yang dipetik daripada OnlineSchool.Org.
















Disusun oleh Shafarina.
Sumber www.moh.gov.my dan www.onlineschool.org

No comments:

Post a Comment