BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

29.7.10

Al-kisah maka tersebutlah kisah.

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2nya itu.

Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,"1,2,3,4,5,6,7,8, 9."

"Huh, tak boleh jadi ni, kurang seekor!" dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya dengan lebih teliti.

"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. Huh, cukup pun!" katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.

Semasa meneruskan perjalan itu dia mengira kembali keldai2nya. Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor.

Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup. 10 ekor!

source: anynomous

No comments:

Post a Comment