BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

6.11.09

Treasure Hunt -Drive 2 Digital 2009

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) akan menganjurkan acara Kembara Harta Karun’Drive -2- Digital Treasure Hunt’ yang dijangka berlangsung pada bulan Disember 2009 – Mac 2010.
Untuk makluman tuan/puan acara ini dianjurkan bersempena dengan projek soal selidik pengeluaran dan permintaan Jalur Lebar yang bertujuan untuk mengumpul data dan maklumbalas penduduk terhadap Perkhidmatan Jalur Lebar dan diharap acara ini dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan Perkhidmatan Jalur Lebar terutama di kalangan agensi kerajaan tempatan, pihak industri, academia, badan bukan kerajaan serta orang awam.

Maklumat lanjut berkenaan jemputan ini, tuan/puan bolehlah melayari sesawang http://www.broadbandhub.gov.my/ atau menelefon En.Yow Lock Sen di talian +603-86888000/ yow@cmc.gov.my , Pengurus Acara Cik Wong Ee Shen +019-3397098 dan Cik Sherliza +0193397827.

Di atas pertimbangan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment