BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

15.9.09

Teknologi Dinosaur VS Teknologi Gajah Putih

Pekerja industri ICT sebenarnya sangat beruntung kerana mereka adalah pekerja K (Knowledge worker). Ini bermakna lebih tinggi pengetahuan mereka maka lebih tinggi nilai mereka dalam kumpulan tenaga kerja dan lebih tinggi pendapatan yang berupaya diperolehi.

Tidak kira apa apa jenis skill set teknikal yang dimiliki ianya tetap bernilai. Sekiranya anda merasakan pengetahuan COBOL dan sistem-sistem legacy tidak bernilai maka anda telah membuat andaian yang silap. Malah pengetahuan inilah yang dapat membuat keuntungan lebih kepada mereka yang tahu caranya. Sebagai contoh tentunya anda sudah sedia maklum dengan kontraktor BPM bagi aplikasi LEGACY. Kontraktor berkenaan merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mempunyai skill set berkaitan dengan COBOL dan sistem-sistem legacy. Untuk mendapatkan perkhidmatan atau membeli perisian-perisian dari mereka kos yang perlu kita sediakan adalah 500 peratus lebih tingi dari perisian-perisian biasa di pasaran.

Cuma apa yang sering berlaku di sektor awam ialah pekerja Skim F lebih berminat menjadi pengurus projek atau mengarah kontraktor melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan skill set teknikal dari belajar untuk melaksanakannya sendiri. Tidak banyak organisasi sektor awam menjadi in house software developer dan banyak yang memilih outsourcing. Ada juga organisasi yang menjalankan in house development tetapi masih banyak bergantung dengan kontraktor dalam pelbagai aspek. Ini mungkin berpunca daripada halatuju organisasi yang masih perlu dikaji dan diperhalusi. Hirarki pekerja ICT perlu dibetulkan dan diberikan tugas-tugas fokus bagi membolehkan meraka meningkatkan pengetahuan teknikal sekaligus dapat menyumbang kepada kerajaan seacara keseluruhan.


No comments:

Post a Comment