Pengikut
28.11.11
4.11.11
Salam Aidiladha
30.9.11
SALAM PERPISAHAN
Hari ini merupakan hari terakhir saya di BPM setelah berkhidmat selama 11 tahun dari 16/02/2000 – 30/09/2011. Bermula pada 03/10/2011 saya akan bertugas di SMK SUNGAI KERTAS.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat warga BPM terutama KPSU UPPDKS Puan Sharifah Bt Alwi,Puan Nornazeta dan kawan2 yang dikasihi (ex ompd) diatas bantuan dan kerjasama yang di berikan sepanjang saya berkhidmat di sini. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang di curahkan selama ini akan saya praktikkan di tempat baru.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua jika ada kalanya saya terkasar, tersilap atau terlepas kata ketika kita sama-sama menjalankan tugas. Semoga BPM akan terus maju sentiasa.
Ikhlas dari saya,
AZMAMERA BINTI SULAIMAN
PT N17 UPPDKS
21.7.11
Pekerja Contoh BPM Bagi Bulan Mac dan April 2011
19.7.11
SALAM PERPISAHAN
Adalah dimaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya di dalam perkhidmatan awam. Saya telah berkhidmat dalam kerajaan selama 38 tahun 2 bulan 2 hari dan dirasakan sudah terlalu lama.
Pada kesempatan ini saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya saya ada melakukan kesalahan. Manalah tahu dalam sedar tak sedar saya ada menyakitkan hati tuan / puan. Saya juga minta dihalalkan makan dan minum. Mungkin selepas ini kita akan jarang berjumpa atau mungkin tiada langsung. Saya doakan tuan / puan semuanya selamat dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Sekian, dan selamat tinggal semuanya.
(SHAHARUDDIN BIN ABDUL WAHAB)
2.7.11
Salam Perpisahan
Warga BPM yang dihormati,
Pada hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini. Saya akan mula bercuti sebelum pergi melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Sabak Bernam pada 6 Julai 2011. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB memberi kerja sama dengan saya. Terutama pada kepada KPSU UPPDKS Puan Sharifah Awi .
Kepada semua rakan-rakan Juruteknik, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang berada di sini.
Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada.
Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.
Akhir kata, semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Sekian, semoga kita berjumpa lagi.
Haslinda Binti Mohd Som
20.6.11
Salam Perpisahan buat semua...
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati
Pada 23 June 2011, adalah hari terakhir tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Saya bertugas di bahagian ini dari th 1988-2011. Hampir 23 th sudah lamanya. Sebelum nya saya bertugas di Incometax dan Perkeso. Pada 24 June 2011, hari bermulanya saya bergelar seorang pesara.
Melalui perantaraan ini, saya dengan rendah hati dan tulus ikhlas , mengambil kesempatan memohon kemaafan diatas segala keterlanjuran tutur kata dan salah laku dalam perbuatan , baik yang disengajakan atau tidak, yang disedari atau tidak disepanjang saya bertugas di BPM ini. Minta halalkan termakan dan terminum.
Saya juga mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada mana- mana pegawai dan kawan-kawan sejawatan , yang telah memberi kerjasama dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan tugas harian. Khusus nya dengan kakitangan UPPDKS dan UAP. Saya berdoa agar tali siratulrahim yang telah terjalin akan terus berkekalan tiada penghujung nya dan semoga Allah memberkati kehidupan kita dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.
Pada yang nak jadi Raja Sehari tu..jangan lupa hantar kad pada saya. Insaallah , boleh le..datang.
Akhirkata , Selamat Maju Jaya kepada semua Warga BPM
Terimalah serangkap pantun dari saya:
Bila deman , badan gelisah
Telah ubat berlalu pergi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Allah berjumpa lagi
Sungai Perak, berarus dimuara
Perahu mudik membawa padi
Sungguh pun jauh dah bersara
Warga BPM tetap dihati
Sekian , terima kasih. Bye…
Sharifah Binti Abd Samad
No 4 Jalan BSE 4/24 ,
Bandar Seri Ehsan, Banting
42700 Selangor
Tel: 019 2187704
Rum: 03 31804501
4.6.11
Salam Perpisahan
Warga BPM yang dihormati,
Hari Selasa lepas merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat selama 6 tahun di BPM. Sepanjang tempoh perkhidmat di BPM, saya telah ditempatkan di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya telah ditawarkan kenaikan pangkat, memangku F44 di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat di Perbendaharaan Malaysia bermula 1 Jun 2011.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan BPM, Tn. Hj Wan Yusoff Wan Yaacob, Tn. Syed Mohd. Gawi Syed Agil, Pn. Hjh. Zabidah Ibrahim dan semua KPSU khususnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir, yang telah banyak memberi bimbingan, panduan , berkongsi pengalaman serta memberi kepercayaan dalam menjalankan tugasan.
Kepada semua rakan-rakan UAPT, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini.
Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada, insyaAllah.
Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.
Akhir kata, tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat posting pertama. Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Sekian, semoga kita berjumpa lagi.
AINI HAYATI BINTI LUEY
2.3.11
Salam Perpisahan
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati
Hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di BPM . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, khasnya KPSU UPPDKS – Puan Sharifah Awi dan pegawai-pegawai UPPDKS yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.
Kepada semua rakan-rakan juruteknik, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian.
Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.
-Shahrizal Nasir-
Salam perpisahan
Buat semua warga BPM yang di sayangi…
Pada hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini… saya akan bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2/3/2011. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB memberi kerja sama dengan saya. Terutama pada pada KPSU UPPDKS Puan Sharifah Awi.
Saya ingin memohon maaf kepada pegawai atau rakan-rakan yang belum saya temui, di sebabkan kesuntukan masa. Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.
-Zuraida Badri-
19.2.11
Salam Perpisahan
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati
Hari ini merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat di BPM, selama 3 tahun saya di sini, iaitu di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya akan memulakan tugas baru di Arkib Negara, Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bermula pada 21 Februari 2011.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Begitu juga kepada semua KPSU, khasnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir), yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.
Kepada semua rakan-rakan UAPT, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM tidak mungkin saya lupakan walau dimana jua saya berada. (Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat pertama posting ).
Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.
Turut dimohon maaf kepada rakan-rakan yang tak sempat saya bertemu dan berjabat salam buat kali terakhir. Harap tiada yang berkecil hati.
Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Sekian.
Wassalam..
SHARIDA MOHD YUSOF
30.12.10
SALAM PERPISAHAN
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati,
Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua warga BPM di atas hubungan silaturrahim dan kerjasama serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya berada di BPM.
Dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas, saya ingin memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan sama ada perbuatan atau perkataan sepanjang saya berkhidmat di BPM, baik yang disedari atau tidak disedari.Mohon dihalalkan segala makan, minum dan ilmu yang dicurahkan selama ini.
Salam Maju Jaya kepada semua WARGA BPM.
FADHILAH BINTI SAAT
10.8.10
Ucapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu jadi orang yang bertaqwa", al-Baqarah:183
Kepada semua warga Baksus selamat menyambut Ramadhan penuh berkat dan hikmah serta barakah. Anda dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan dalam komen untuk disampaikan kepada teman-teman yang lainnya. Eloklah juga bermaaf-maafan semoga ibadah puasa kita tambah sempurna. Insya-Allah.
Kepada yang ingin mengambil peluang menurunkan berat badan atau berhenti merokok, elok sangatlah tu... semoga berjaya.
4.6.10
Jack Of All Trades .....
Thesaurus:
Adv. 1. ofttimes - many times at short intervals; "we often met over a cup of coffee"
frequently, oft, often, oftentimes
1.5.10
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2010.
Pengerusi
Biro penerangan.
14.10.09
Enjin-Enjin Baru BAKSUS – Anjakan paradigma kepimpinan baru.
Tanggal 13 Haribulan Oktober 2009 akan tercatat dalam sejarah Bahagian Pengurusan Maklumat yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang dahulunya juga dikenali sebagai Bahagian Sistem Maklumat. Satu transformasi yang timbul dari pelbagai sudut doktrinisasi telah berlaku dan telah merubah minda warga BAKSUS dalam aspek pemilihan Ahli Jawatankuasa BAKSUS dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat pelaksana. YDB BAKSUS dan NYDP dipilih dari kalangan warga ‘marhaen’ dimana pemilihan telah tidak mengikut tradisi iaitu YDB mestilah daripada TSUB.
Pemilihan kali ini berteraskan kepada konsep 1 Malaysia dan mesra rakyat dimana kepimpinan yang dipilih adalah yang hampir kepada warga BAKSUS. Kepimpinan baru adalah dijangka akan lebih senang didekati. Rasa segan dan malu ahli BAKSUS untuk member pandangan dan pendapat sepatutnya akan dapat diatasi sepenuhnya.
Selepas ini warga BAKSUS lebih bebas dan tanpa rasa segan silu untuk member pandangan dan pendapat. Sekiranya ini perkara ini masih tidak berlaku, ini menunjukkan warga BAKSUS itu sendiris tidak aktif dan dalam kata lain MANDOM.
Aktiviti-aktiviti sepatutnya lebih mendapat sambutan dan seribu macam kebaikan sepatutnya timbul daripada fenomena ini.
Tahniah YDP, NYDP dan AJK-AJK lantikan baru. Anda mampu untuk membuat pelbagai perubahan yang lebih baik dabn memingkatkan imej BAKSUS itu sendiri.
Kepada warga BAKSUS yang lain, bantulah AJK-AJK baru ini dalam melaksanakan amanah mereka. Kegagalan AJK BAKSUS melaksanakan aktiviti sebenarnya adalah kegagalan semua warga BAKSUS dalam member sokongan dan kerjasama serta pandangan dan pendapat yang bernas serta berwawasan.
17.9.09
Seloka Hari Raya
Pastu menjelang sudah AidilFitri
Tak kira pompuan atau lelaki
Masing masing menghitung hari
Pompuan mula sibuk nak sambut raya
Masing masing dah punya agenda
Dok pikir berbaju kurung atau kebaya
Sampai kadang kadang tido tak lena
Lelaki pulak dok rileks saja
Senyum senyum macam tadak apa
Takat baju, last minute pun ada
Bersepah sepah di kaki lima
Pompuan sibuk ngan kuih raya
Masing masing bersekang mata
Bakar bancuh uli sini sana
Last last buat jenis 'tunjuk tunjuk' saja
Lelaki masih rileks lagi
Tido lena siap mimpi mimpi
Kuih tadak pun masih hepi
Susah susah telan ajer mee megi
Sampai sudah malam raya
Pompuan pulun buat segala kerja
Gantung tirai mop lantai semua
Dari dapur sampai la ke depan tangga
Lain pula bagi lelaki
Malam raya la paling best sekali
Keluar lepak sampai ke pagi
Layan kepala senangnya hati
Bila tiba hari mulia
Pompuan mula gelabah tak tentu hala
Tetamu datang nak kena jaga
Tak henti henti hidang kuih raya
Lelaki pulak di hari raya
Lepas sembahyang boleh membuta
Bangun makan apa yang terhidang atas meja
Pastu terus hilang tak nampak muka
Bahagianya lelaki di Aidilfitri
Tak payah susah susah nak penatkan diri
Jangan la pompuan dok iri hati
Kerana ia hanya setahun sekali
Salam seloka AidilFitri
Hanya sekadar penghibur hati
Sehingga kita bertemu lagi
Ampun maaf dari tuan punya diri
Mulut kadang salah berucap,
Mata kadang salah melihat,
Hati kadang salah menduga...
Maafkanlah segala kekhilafan yang pasti ada..
Salam Aidilfitri 1430H

Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
````` Mohon Maaf Zahir dan Batin `````
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan,
Hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon maafkan
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya kehidupan padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
mohon maaf zahir dan batin....
dari BAKSUS
21.8.09
Selamat Berpuasa
Bulan Ramadan Al-Mubarak serta Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga semua amalan yang dikerjakan bakal mendapat keberkatan dari Illahi. Bersamalah kita bermaafan sesama insan agar hati lebih suci dan terpelihara dari segala kejahatan.
Dipohon Ramadan kali ini bukanlah Ramadan terakhir untuk kita semua. Sekiranya Allah lebih menyayangi bersedialah dengan amalan yang dikerjakan di alam ini...
"Selamat Berpuasa"




