Terma KPI iaitu Key Performance Indicator tidak asing lagi bagi semua masyarakat Malaysia (kecuali bagi mereka yang memang tak mahu ambil tahu). Sejak terma ini dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ianya telah menjadi satu euforia kepada organisasi-organisasi di Malaysia terutamanya kepada perkhidmatan awam. Pengukuran KPI hendaklah diukur secara menyeluruh dan menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi secara makro, terutamanya yang berkaitan kesan kepada pelanggan atau pun pengguna.
KPI yang mestilah bersesuai dan boleh dicapai dengan kakitangan dan kemudahan sedia. Sebagai contoh, pelangan akan berpuas hati sekiranya aduan kerosakan komputer mereka dapat diselesaikan dalam satu jam. Sekirana ratio juruteknik dan jumlah komputer tidak sesuai menyebabkan KPI tidak akan tercapai.
Selain daripada KPI organisasi, KPI individu harus ditekankan dan penilaianan yang paling baik adalah penilaian secara sendiri yang penuh motivasi dan dedikasi.
Bagaimana menjadi individu yang penuh motivasi dan dedikasi? Kita kembali kepada ajaran Islam iaitu bekerja dengan ikhlas demi mendapat keredhaan allah dan rezeki yang halal lagi berkat untuk tanggungan. Bekerjalah sumpana anda akan hidup seribun tahun lagi dan beribadatlah sumpama anda akan mati esok.
No comments:
Post a Comment