Sedikit info untuk warga BAKSUS yang disayangi sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?
- Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
- Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
- Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
- Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
- Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
- Menggunakan kunci pendua/master key.
- Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.
LANGKAH PENCEGAHAN:
- Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.
- Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah. - Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan. - Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.
- Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.
- Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
- Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.
Selamat berhari raya!
No comments:
Post a Comment