BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

Showing posts with label Biro Kebajikan dan Agama. Show all posts
Showing posts with label Biro Kebajikan dan Agama. Show all posts

1.12.11

Cik Norzaidah Mohammad Nor (UPDKI) menjalani rawatan di Wad 9B Hospital Selayang dari 21 Nov. hingga 3 Dis. 2011

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

Untuk makluman, saya ada menerima SMS dari Cik Norzaidah Binti Mohammad Nor berbunyi “Saya sedang menjalani rawatan sakit kronik di Hospital Selayang wad 9B mulai 21/11 hingga 3/12” dan sebelum itu beliau ada memaklumkan kepada saya melalui emel bahawa beliau akan menjalani rawatan di Hospital.

Marilah kita semua mendoakan agar kesihatan beliau segera pulih, Ameen.



KPSU (UPDKI)

25.11.11

Mohon Sumbangan Bagi Warga BAKSUS Yang Bertukar dan Melangsungkan Perkahwinan.

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum pegawai berikut telah bertukar dan melangunsgkan perkahwinan. Pegawai berkenaan ialah :

Berpindah /Bertukar
1. Pn.Azmamera bt Sulaiman (N17 UPPDKS) - Bertukar ke SK Sungai Kertas, Selangor
Melangsungkan Perkahwinan
1. Pn.Nor Khafifah bt Jalany & Pasangan (F41 UPT)
2. Mohd Razis b.Abd Rahman & Pasangan (F29 UAPT)
3. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS ingin mengadakan kutipan ikhlas untuk tujuan di atas. Bagi melancarkan kutipan tersebut, AJK Kecil Biro ini dipertanggungjawabkan bagi mengutip sumbangan ikhlas tersebut iaitu :

 SUB/TSUB/UPK - Pn. Rahemah
 UAPD /UPT - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman
 UPPDKS - En. Raihan Bin Omar
 UAPT - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
 UKNA /UPDKI - Pn. Norashikin Binti Ab Hamid
 UPRK - En. Mohd Suhaimi Bin Husin
 UAP - Cik Noraini Binti Noor Din

4. Sumbangan boleh diserahkan selewat-lewatnya pada 30 November 2011 kepada Pn.Rahemah Tan (UPK). Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian.





Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)
http://baksus.blogspot.com/

10.8.11

Majlis Bacaan Yasssin dan Doa Selamat serta Ceramah Agama

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Seperti lazimnya, setiap tahun BAKSUS mengadakan Majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi Peperiksaan Awam dan pada tahun ini BAKSUS akan mengadakan Ceramah Agama bersekali dengan majlis tersebut. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Aras 4 

Penceramah / Ketua Bacaan Yassin : Imam Muda Hassan Adli  (Juara Program Imam Muda Musim Kedua)

Adalah diharapkan agar semua warga BAKSUS akan menghadiri majlis ini.

20.12.10

Belasungkawa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kepada En. Annuar Ali (UPK) telah meninggal dunia pada Sabtu (18 Disember 2010).

Sama-samalah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian, terima kasih.

13.12.10

Berita Warga Baksus

Assalamualaikum wbt

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita Siti Nadiyah bt Mohd. Suyot telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Beliau ditempatkan di wad 7B katil 21.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.

3.11.10

Selamat Meraikan Hari Deepavali

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

BAKSUS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meraikan Hari Deepavali kepada warga BPM khususnya yang beragama Hindu.
Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan menambahkan kebahagiaan dan keceriaan buat anda semua.

Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.


Sekian, terima kasih.



BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA
BADAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN SOSIAL (BAKSUS)

24.8.10

Sumbangan Khairat Kematian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum bonda kepada Pn. Rohani Mamat (UPPDKS) telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2010. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS ingin mengadakan kutipan ikhlas untuk tujuan di atas. Bagi melancarkan kutipan tersebut, AJK Kecil Biro ini dipertanggungjawabkan bagi mengutip sumbangan ikhlas tersebut iaitu :

SUB/TSUB/UPK - Pn. Rahemah
UAPD /UPT - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman
UPPDKS - Pn. Halimaton Shaadiah Binti Mohd Nor
UAPT - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
UKNA /UPDKI - Pn. Norashikin Binti Ab Hamid
UAP - Cik Noraini Binti Noor Din
UPRK - En. Mohd. Imran Bin Md Yusof

4. Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)

20.8.10

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM) dan Bacaan Tahlil akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

            Tarikh : 03 September 2010 (Jumaat)
            Tempat : Ruang Legar UPPDKS
            Masa : 8.15 pagi

11.8.10

Pastikan Keselamatan Kenderaan Anda


sekadar gambar hiasan
Pagi ini kami menerima satu emel memaklumkan bahawa telah berlaku 3 kes kecurian kereta di tempat letak kenderaan terbuka di Parcel E dan salah satu daripadanya melibatkan warga KPM.  

Buat masa ini kes tersebut masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan kenderaan-kenderaan yang menjadi sasaran adalan kereta-kereta import dan mewah. Jadi kepada rakan-rakan yang mempunyai risiko yang tinggi lebih berhati-hati. Tapi ini tidak bermakna orang lain yang mempunyai kereta biasa-biasa boleh sambil lewa. 

Kalau anda ternampak aktiviti mencurigakan cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa. Kalau handphone ada kat tangan cepat-cepat dail nombor BACC (Bukit Aman Control Center) supaya tindakan segera Balai Polis berhampiran. Kalau boleh simpan nombor ni untuk kecemasan 03-2262 7555 / 6555. Keprihatinan anda boleh menyelamatkan harta benda dan nyawa

Pesanan ikhlas ini dibawakan oleh Baksus




10.8.10

Ucapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalamu'alaikum,

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu jadi orang yang bertaqwa", al-Baqarah:183

Kepada semua warga Baksus selamat menyambut Ramadhan penuh berkat dan hikmah serta barakah. Anda dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan dalam komen untuk disampaikan kepada teman-teman yang lainnya. Eloklah juga bermaaf-maafan semoga ibadah puasa kita tambah sempurna. Insya-Allah.

Kepada yang ingin mengambil peluang menurunkan berat badan atau berhenti merokok, elok sangatlah tu... semoga berjaya.


5.8.10

Kursus Sijil Pengajian Al-Quran dan Al-Hadith

Assalamualaikum Warga Baksus beragama Islam,
Mungkin majlis ilmu ini yang diwar²kan ini tidak berlangsung di dalam premis kita, tetapi jika ada yang berminat, semoga info ini membantu, manalah tahu, suatu hari nanti ilmu yang didapati itu dapat dikongsi dengan warga Baksus yang lainnya. Wallahu'alam.

7.4.10

MOHON SUMBANGAN KE TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN

Sumbangan anda diperlukan


Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.         Seperti yang Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 untuk meringankan bebanan ibu bapa/Penjaga  yang tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Penubuhan Tabung KWAPM ini adalah selaras dengan usaha murni kerajaan dalam membasmi keciciran dikalangan pelajar sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tarikh 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan orang ramai.

3.         Sehubungan itu, Bahagian Kewangan (BKew) selaku penyelia Tabung KWAPM  ingin menyeru Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama membantu membela nasib murid-murid miskin dalam meneruskan persekolahan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit ke Tabung KWAPM melalui 2 cara iaitu:
a)    Mengkreditkan terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank MAYBANK : 564016117704

b)    Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama KETUA AKAUNTAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan dialamatkan kepada:

Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

4.         Manakala bagi kakitangan kementerian pula, BKew amat mengalu-alukan sekiranya Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan melalui Program Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam (kod potongan gaji KWAPM: 4414). Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my/bkew (paparan Surat Pekeliling 2007) DAN menyerahkan kembali borang tersebut ke unit selenggara gaji di Bahagian/Jabatan masing-masing untuk diproses. Sokongan dan keprihatinan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam meningkatkan lagi bilangan penderma melalui program skim potongan gaji ini amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

5.         Sehubungan itu, sekali lagi saya ingin memohon kerjasama daripada Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat bersama-sama membantu kementerian  dalam usaha menambah dana Tabung KWAPM kerana BKew percaya masih terdapat banyak ruang untuk kita meningkatkan lagi bilangan dan jumlah sumbangan khususnya daripada kakitangan KPM. Bersama-sama ini disertakan poster hebahan Tabung KWAPM untuk rujukan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berkaitan perkara di atas amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


(HAJI JAMALUDIN BIN YAHAYA)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

25.3.10

Majlis Bacaan Talil Dan Doa Selamat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum salah seorang warga BPM kita iaitu Puan Nordiana Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 13 Mac 2010 yang lalu.

3. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS akan mengadakan satu Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut :

Tarikh :26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 8.35 pagi
Tempat : Ruang Legar UPPDKS (Aras 3)

4. Di samping itu, pihak BAKSUS juga ingin mengadakan sedikit kutipan ikhlas bagi tujuan di atas. Sila berhubung dengan AJK Kecil Biro yang telah dilantik di setiap unit masing-masing untuk memberikan sumbangan anda.

4. Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)