BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

15.9.09

Sebelum Pulang Berhari Raya



Sedikit info untuk warga BAKSUS yang disayangi sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?
  1. Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
  2. Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
  3. Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
  4. Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
  5. Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
  6. Menggunakan kunci pendua/master key.
  7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN:

  1. Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.
  2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
  3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
    Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.
  4. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
    Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.
  5. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.
  6. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.
  7. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  8. Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.

Selamat berhari raya!

Tujuan Penubuhan

  1. Untuk memupuk perasaan harmoni, muhibbah, persefahaman dan menjalinkan tali persahabatan yang erat di kalangan staf BPM khasnya dan di Kementerian Pelajaran Malaysia amnya.

  2. Untuk menyokong dan bekerjasama dalam apa juga lapangan kegiatan yang akan dikendalikan oleh MESCA (Ministry of Education Sports and Cultural Association) dan PUSPANITA.

Pengukuran KPI Organisasi


Terma KPI iaitu Key Performance Indicator tidak asing lagi bagi semua masyarakat Malaysia (kecuali bagi mereka yang memang tak mahu ambil tahu). Sejak terma ini dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ianya telah menjadi satu euforia kepada organisasi-organisasi di Malaysia terutamanya kepada perkhidmatan awam. Pengukuran KPI hendaklah diukur secara menyeluruh dan menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi secara makro, terutamanya yang berkaitan kesan kepada pelanggan atau pun pengguna.


KPI yang mestilah bersesuai dan boleh dicapai dengan kakitangan dan kemudahan sedia. Sebagai contoh, pelangan akan berpuas hati sekiranya aduan kerosakan komputer mereka dapat diselesaikan dalam satu jam. Sekirana ratio juruteknik dan jumlah komputer tidak sesuai menyebabkan KPI tidak akan tercapai.


Selain daripada KPI organisasi, KPI individu harus ditekankan dan penilaianan yang paling baik adalah penilaian secara sendiri yang penuh motivasi dan dedikasi.


Bagaimana menjadi individu yang penuh motivasi dan dedikasi? Kita kembali kepada ajaran Islam iaitu bekerja dengan ikhlas demi mendapat keredhaan allah dan rezeki yang halal lagi berkat untuk tanggungan. Bekerjalah sumpana anda akan hidup seribun tahun lagi dan beribadatlah sumpama anda akan mati esok.

Guardian Angel

Guardian Angel on the Job

A man was walking in the street when he heard a voice: "Stop! Stand still! If you take one more step, a brick will fall down on your head and kill you."

The man stopped and a big brick fell right in front of him. The man was astonished.

He went on, and after awhile he was going to cross the road. Once again the voice shouted: "Stop! Stand still! If you take one more step a car will run over you and you will die."

The man did as he was instructed, and a car came careening around the corner, barely missing him.

"Where are you?" the man asked. "Who are you?"

"I am your guardian angel," the voice answered.

"Oh yeah?" the man asked. "And where the hell were you when I got married?"

Teknologi Dinosaur VS Teknologi Gajah Putih

Pekerja industri ICT sebenarnya sangat beruntung kerana mereka adalah pekerja K (Knowledge worker). Ini bermakna lebih tinggi pengetahuan mereka maka lebih tinggi nilai mereka dalam kumpulan tenaga kerja dan lebih tinggi pendapatan yang berupaya diperolehi.

Tidak kira apa apa jenis skill set teknikal yang dimiliki ianya tetap bernilai. Sekiranya anda merasakan pengetahuan COBOL dan sistem-sistem legacy tidak bernilai maka anda telah membuat andaian yang silap. Malah pengetahuan inilah yang dapat membuat keuntungan lebih kepada mereka yang tahu caranya. Sebagai contoh tentunya anda sudah sedia maklum dengan kontraktor BPM bagi aplikasi LEGACY. Kontraktor berkenaan merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mempunyai skill set berkaitan dengan COBOL dan sistem-sistem legacy. Untuk mendapatkan perkhidmatan atau membeli perisian-perisian dari mereka kos yang perlu kita sediakan adalah 500 peratus lebih tingi dari perisian-perisian biasa di pasaran.

Cuma apa yang sering berlaku di sektor awam ialah pekerja Skim F lebih berminat menjadi pengurus projek atau mengarah kontraktor melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan skill set teknikal dari belajar untuk melaksanakannya sendiri. Tidak banyak organisasi sektor awam menjadi in house software developer dan banyak yang memilih outsourcing. Ada juga organisasi yang menjalankan in house development tetapi masih banyak bergantung dengan kontraktor dalam pelbagai aspek. Ini mungkin berpunca daripada halatuju organisasi yang masih perlu dikaji dan diperhalusi. Hirarki pekerja ICT perlu dibetulkan dan diberikan tugas-tugas fokus bagi membolehkan meraka meningkatkan pengetahuan teknikal sekaligus dapat menyumbang kepada kerajaan seacara keseluruhan.


21.8.09

Selamat Berpuasa

BAKSUS mengucapkan Selamat Menyambut
Bulan Ramadan Al-Mubarak serta Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga semua amalan yang dikerjakan bakal mendapat keberkatan dari Illahi. Bersamalah kita bermaafan sesama insan agar hati lebih suci dan terpelihara dari segala kejahatan.
Dipohon Ramadan kali ini bukanlah Ramadan terakhir untuk kita semua. Sekiranya Allah lebih menyayangi bersedialah dengan amalan yang dikerjakan di alam ini...

"Selamat Berpuasa"