BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

30.8.10

Selamat Datang ke BPM - Staf Baru Melaporkan Diri

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Baru-baru ini BPM telah mendapat staf baru yang melaporkan diri pada bulan 17hb Ogos 2010. Marilah kita mengucapkan selamat datang ke BPM dan KPM amnya, selamat berkhidmat dan semoga mereka dapat menyesuaikan diri di bahagian ini.










27.8.10

Walimatul Urus

Dengan penuh kerendahan hati saya mewakili En. Mohd Helmi Bin Mohd (UAPD) menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :-

Tarikh : Sabtu (18 September 2010) bersamaan 09 Syawal 1431 Hijrah
Bertempat : No.85 Felda Mengkawang, 21800 Ajil, Hulu Terengganu

Semoga dengan kehadiran anda semua dapatlah memeriahkan lagi majlis berkenaan.

25.8.10

Berita Harian Online | Budak tiga tahun disembelih bapa

Wajahnya comel, kasihkan bapanya, tetapi sudah tersurat untuknya akan mati disembelih bapa sendiri.
Mengapa kebelakangan ini, acapkali kita mendengar berita tentang ahli keluarga sanggup mencederakan malah membunuh ahli keluarga sendiri? Seringkali kita dengar alasannya pelaku adalah pesakit mental. Sedikit sebanyak tentunya hal ini menimbulkan tanda tanya kepada kita. Di manakah pegangan dan pedoman pelaku sehingga digolongkan sebagai pesakit mental?

Mungkin ada yang sinis jika MF mengatakan pelaku² ini biasanya mempunyai kehidupan yang menyimpang dari ajaran agama. Apatah lagi pengamalannya sebagai seorang muslim, hubungannya dengan Allah dan manusia tidak dipelihara langsung. Hal ini bukanlah andaian semata-mata, malah pengamatan MF kepada kes-kes seperti ini adalah kerana ramai orang tidak lagi cinta kepada agama. Jadi bagaimana dia hendak cintakan keluarganya sendiri?

Dalam kes lain (bukan kes adik Mohamad Adam Mus-zahffar) MF sempat menemubual keluarga mangsa yang dirodok dengan kejam oleh suami sendiri. Bukanlah niat MF hendak mengaibkan keluarga mangsa, tetapi ambillah iktibar bahawa hidup yang terpimpin dengan agama boleh mengelakkan tragedi seperti ini. Sekurang-kurangnya jagalah ibadah wajib kita kepadaNya. Selalulah penuhkan ilmu di dada dan bersikap tawadhu' kepada Allah S.W.T

Semoga Ramadhan tahun ini memberikan sinar baru kepada pembaca blog MF agar lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Ya Allah jauhkanlah kami dari kekalutan sosial seperti ini. Kepada yang terlepas kisah menyayat hati adik Mohamad Adam Mus-zahffar boleh pergi link di bawah:

Berita Harian Online | Budak tiga tahun disembelih bapa

24.8.10

Berita Kelahiran Cahayamata


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa En. Dzulhusni Bin Anjang Ab Rahman (UPDKI) selamat menerima cahayamata Perempuan pada 23.08.2010 Jam 5.36pm.
 
Pihak BAKSUS ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada En.Dzulhusni sekeluarga.
 
Sekian.Tahniah diucapkan.

Sumbangan Khairat Kematian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum bonda kepada Pn. Rohani Mamat (UPPDKS) telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2010. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS ingin mengadakan kutipan ikhlas untuk tujuan di atas. Bagi melancarkan kutipan tersebut, AJK Kecil Biro ini dipertanggungjawabkan bagi mengutip sumbangan ikhlas tersebut iaitu :

SUB/TSUB/UPK - Pn. Rahemah
UAPD /UPT - En. Mohd Razis Bin Abd. Rahman
UPPDKS - Pn. Halimaton Shaadiah Binti Mohd Nor
UAPT - Pn. Ruhil Hayati Binti Hashim
UKNA /UPDKI - Pn. Norashikin Binti Ab Hamid
UAP - Cik Noraini Binti Noor Din
UPRK - En. Mohd. Imran Bin Md Yusof

4. Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)

20.8.10

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM) dan Bacaan Tahlil akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

            Tarikh : 03 September 2010 (Jumaat)
            Tempat : Ruang Legar UPPDKS
            Masa : 8.15 pagi