BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

25.8.10

Berita Harian Online | Budak tiga tahun disembelih bapa

Wajahnya comel, kasihkan bapanya, tetapi sudah tersurat untuknya akan mati disembelih bapa sendiri.
Mengapa kebelakangan ini, acapkali kita mendengar berita tentang ahli keluarga sanggup mencederakan malah membunuh ahli keluarga sendiri? Seringkali kita dengar alasannya pelaku adalah pesakit mental. Sedikit sebanyak tentunya hal ini menimbulkan tanda tanya kepada kita. Di manakah pegangan dan pedoman pelaku sehingga digolongkan sebagai pesakit mental?

Mungkin ada yang sinis jika MF mengatakan pelaku² ini biasanya mempunyai kehidupan yang menyimpang dari ajaran agama. Apatah lagi pengamalannya sebagai seorang muslim, hubungannya dengan Allah dan manusia tidak dipelihara langsung. Hal ini bukanlah andaian semata-mata, malah pengamatan MF kepada kes-kes seperti ini adalah kerana ramai orang tidak lagi cinta kepada agama. Jadi bagaimana dia hendak cintakan keluarganya sendiri?

Dalam kes lain (bukan kes adik Mohamad Adam Mus-zahffar) MF sempat menemubual keluarga mangsa yang dirodok dengan kejam oleh suami sendiri. Bukanlah niat MF hendak mengaibkan keluarga mangsa, tetapi ambillah iktibar bahawa hidup yang terpimpin dengan agama boleh mengelakkan tragedi seperti ini. Sekurang-kurangnya jagalah ibadah wajib kita kepadaNya. Selalulah penuhkan ilmu di dada dan bersikap tawadhu' kepada Allah S.W.T

Semoga Ramadhan tahun ini memberikan sinar baru kepada pembaca blog MF agar lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Ya Allah jauhkanlah kami dari kekalutan sosial seperti ini. Kepada yang terlepas kisah menyayat hati adik Mohamad Adam Mus-zahffar boleh pergi link di bawah:

Berita Harian Online | Budak tiga tahun disembelih bapa

No comments:

Post a Comment